Kata kunci: Peraturan penggunaan sintaks XML adalah mudah dan logikal. Peraturan senang dipelajari dan difahami.

Tag XML pasti ada penutup

Sekiranya anda perasan, dalam HTML penggunaan tag boleh dilakukan tanpa menutup setiap tag.

<p>Ini adalah perenggan
<p>Ini pula perenggan yang lain

Namun, dalam XML ia adalah salah sekiranya anda tidak menutup setiap tag yang dibuka kecuali pengisytiharan (declaration) pada baris pertama sahaja. Ini kerana pengisytiharan bukan sebahagian dari dokumen XML hanya sekadar untuk menyatakan dokumen kita adalah format XML.

<p>Dokumen XML yang betul</p>
<p>Data-data dipersembahkan</p>

Tag XML adalah peka kes (case-sensitive)

Setiap elemen XML ditakrifkan dengan menggunakan tag XML.

Setiap tag XML adalah peka kes yang mana tag <Laporan> adalah sangat-sangat berbeza dengan tag <laporan>.

Setiap tag yang dibuka perlu ditutup dengan tag yang sama kes.

<Mesej>Penggunaan tag yang salah</mesej>

<mesej>Penggunaan tag yang betul</mesej>

Elemen XML perlu disarangkan sewajarnya

Dalam HTML, anda pastinya biasa melihat penggunaan tag yang tidak disarangkan dengan betul tetapi hasil paparan tetap sama dengan yang disarangkan.

<b><i>Tulisan ini ditebal dan dicondongkan</b></i>

Dalam XML, setiap penggunaan tag perlu disarangkan iaitu tag yang dibuka di awal perlu ditutup diakhirnya dan tag yang terakhir dibuka perlu ditutup terlebih dahulu mengikut urutan.

<b><i>Tulisan ini ditebal dan dicondongkan</i></b>

Perhatikan, tag <i> perlu ditutup, </i>, di dalam tag <b></b> atau jikalau tidak dokumen XML akan mengalami ralat.

Dokumen XML perlu ada elemen induk

Dokumen XML perlu mempunyai induk untuk mewakili ke semua data-data yang dibawa. Seperti dalam contoh sebelum ini, induk untuk dokumen XMl tersebut adalah <kedaibuku> dan diikuti dengan maklumat-maklumat mengenai buku-buku yang ada di dalam kedai buku.

Nilai atribut XML perlu ada pengikat kata (Quoted)

Elemen-elemen dalam XML boleh disokong oleh beberapa atribut dalam bentuk nilai atau nama seperti dalam HTML.

Dalam XMl, setiap nilai atribut yang digunakan perlu disertakan dengan pengikat kata (") pada awal dan di akhir nilai tersebut. Berikut adalah contoh yang salah pada kotak pertama dan yang betul pada kotak yang kedua.

<nota date=12/11/08>
  <kepada>Kripkorn Studios</kepada>
  <daripada>Pengguna</daripada>
</nota>
<nota date="12/11/08">
  <kepada>Kripkorn Studios</kepada>
  <daripada>Pengguna</daripada>
</nota>

Entiti Rujukan

Setiap aksara dalam XML mempunyai makna yang istimewa setiap satunya.

Sekiranya anda menggunakan entiti seperti "<" dalam elemen XML, paparan ralat akan kelihatan kerana frasa tersebut akan menterjemahkan sebagai permulaan untuk elemen yang baru.

Ini adalah atur cara yang ralat:

<mesej>Hasil jualan < 1000</mesej>

Untuk mengatasinya, gantikan aksara "<" dengan entiti rujukan:

<mesej>Hasil jualan &lt; 1000</mesej>

Terdapat 5 entiti rujukan yang digunakan dalam XML:

&lt; < kurang daripada
&gt; > lebih daripada
&amp; & ampersan
&apos; ' apostrofe
&quot; " pengikat kata

Dalam XML, Ruangan Kosong Diterjemahkan

Biasanya HTML akan mengendahkan ruangan kosong di antara teks dan menukarkannya kepada satu ruangan sahaja.

HTML : Hello nama        saya adalah Tommy
Paparan: Helo nama saya adalah Tommy

Tetapi dalam XML, ruangan kosong tersebut akan diambil kira.

Penilaian: 
3
Average: 3 (2 votes)