Apa elemen XML?

Elemen XML ialah sebarang yang terkandung dalam dokumen XML termasuklah elemen permulaan hingga elemen penutup.

Setiap elemen boleh merangkumi elemen-elemen yang lain, teks ringkas atau kedua-duanya sekali. Setiap elemen mempunyai atribut tersendiri.

<kedaiperisian>
  <perisian category="GRAFIK">
    <nama>Adobe Photoshop CS4</nama>
    <pengedar>Adobe</pengedar>
    <tahun>2008</tahun>
  </perisian>
  <perisian category="WEB">
    <nama>Dreamweaver</nama>
    <pengedar>Micromedia</pengedar>
    <tahun>2002</tahun>
  </perisian>
</kedaiperisian>

Dalam contoh di atas, <kedaiperisian> dan <perisian> merangkumi elemen-elemen yang lain iaitu <nama>, <pengedar> dan <tahun>. Setiap tiga elemen tersebut mempunyai teks tersendiri.

Penamaan elemen

Setiap penamaan elemen XML perlu mengikut peraturan berikut:

  • Nama merangkumi huruf, nombor atau aksara lain
  • Nama mesti tidak bermula dengan nombor atau tanda bacaan
  • Nama mesti tidak bermula dengan aksara xml (Xml atau xML, dll)
  • Nama tidak boleh ada ruang.

Cara terbaik untuk penulisan nama

Jadikan nama itu deskriptif. Nama boleh mempunyai menggarisbawahi sebagai pengasing:
<nama_pertama>, <nama_terakhir>

Nama sebolehnya ringkas dan pendek seperti: <tajuk_buku> dan bukan <nama_buku_pameran_yang_ada>

  • Elakkan penggunaan sempang "-" kerana sesetengah perisian akan menyalahtafsirkan penggunaan sempang tersebut.
  • Elakkan penggunaan noktah "." kerana sesetengah perisian akan menaksirkan penggunaan bahasa dalam pengaturcaraan.
  • Elakkan penggunaan semi kolon ":" kerana ia dikhaskan untuk elemen "namespaces" (akan datang).

Elemen XML boleh dikembangkan

Elemen XML boleh dikembangkan untuk membawa lebih maklumat dan data-data.

Perhatikan contoh di bawah ini:

<nota>
<kepada>Mawi</kepada>
<daripada>Peminat</daripada>
<mesej>Jangan lupa konsert minggu ini</mesej>
</nota>

Sekarang kita cuba imaginasikan dengan menggunakan perisian tertentu untuk memaparkan ke semua maklumat yang dibawa oleh dokumen XML di atas.

Ucapan

Kepada: Mawi
Daripada: Peminat

Jangan lupa konsert minggu ini

Kemudian, kita anggapkan bahawa tetiba penulis dokumen ingin menambahkan maklumat tambahan terhadap dokumen yang asal seperti yang berikut:

<nota>
<tarikh>21 September 2008</tarikh>
<kepada>Mawi</kepada>
<daripada>Peminat</daripada>
<tajuk>Peringatan</tajuk>
<mesej>Jangan lupa konsert minggu ini</mesej>
</nota>

Sekiranya kita cuba paparkan dalam perisian tadi, adakah ralat akan berlaku?

Jawapannya tidak. Perisian akan berupaya untuk mencari elemen-elemen yang asal walaupun setiap susunannya sudah tidak seperti yang asal tanpa mengeluarkan sebarang ralat atau terhenti prosesnya.

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)