Apa itu XML-8821

XML direka untuk menghantar dan menyimpan data manakala HTML direka untuk memaparkan data. XML diklasifikasikan sebagai "extensible language" iaitu bahasa pengaturcaraan sokongan kerana pengguna perlu mentakrifkan sendiri elemen-elemen dalam XML.

XML direka bertujuan untuk perkongsian data-data yang tersusun, mengekod dokumen dan menyirikan data-data. Kata kunci yang perlu anda pegang untuk memahami XML adalah XML hanya menyimpan dan membawa data, tidak memaparkannya.

Perlu diingat juga, XML bukanlah pangkalan data!. Lebih senang difahamkan, XML diibaratkan seperti sampul surat yang membawa maklumat (surat) tetiba tidak memaparkan kandungan surat tersebut sehinggalah anda membuka sampul tersebut.

Apa yang patut anda tahu?

Sebelum anda meneruskan, anda mesti mempunyai asas mengenai:

Ini bagi menyenangkan lagi anda memahami, menggunakan dan mengintegrasikan XML dengan elemen-elemen lain. Sila rujuk tutorial tersebut sekiranya ada keraguan.

Apa itu XML?

  • XML adalah akronim bagi EXtensible Markup Language
  • XML direka untuk membawa data bukan untuk memaparkan data
  • XML tidak mempunyai tag, anda perlu mentakrifkan tag anda sendiri

Perbezaan antara XML dan HTML

  • XML bukanlah pengganti bagi HTML.
  • XML dan HTML mempunyai fungsi yang berbeza.
  • XML direka untuk membawa dan menyimpan data.
  • HTML direka untuk memaparkan data.

XML hanya untuk menyimpan data

XML hanya direka untuk menyimpan data. Berikut adalah contoh mudah bagi memahami XML. Contoh di bawah adalah nota yang dihantar dari Abu kepada Bala.

<nota>
  <kepada>Bala</kepada>
  <daripada>Abu</daripada>
  <Tajuk>Mari Belajar</Tajuk>
  <Kandungan>Jangan lupa untuk ajak saya minggu ini</kandungan>
</nota>

Seperti yang anda lihat di atas, XML tidak mempunyai tag tersendiri seperti HTML tetapi anda perlu menggunakan tag anda sendiri. XML juga tidak akan memaparkan data tersebut. Ia hanya menyimpan data sahaja, anda perlu menggunakan HTML atau bahasa pengaturcara yang lain untuk memaparkan data tersebut.

XML hanyalah teks biasa dan tiada istimewa berbanding bahasa atur cara lain. Ini bermakna, sebarang perisian yang boleh memproses teks boleh membuka fail XML ini seperti Notepad, Word atau Dreamweaver.

Cipta tag anda sendiri dengan XML

XML tidak mempunyai tag piawaian seperti HTML (<table>, <hr>, <p>) atau Javascript (function(), array()). Anda perlu mencipta dan mentakrifkan sendiri tag tersebut. Seperti contoh di atas, <kepada></kepada> adalah tag yang saya takrifkan bagi mewakili data "kepada".

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)