Mengandungi tutorial yang memaparkan pengaplikasian pembinaan sistem dengan menggunakan Drupal

9.6.3 Laluan automatik dengan Pathauto dan Path redirect

Satu perkara yang hebat mengenai Drupal adalah keupayaannya untuk melaksanakan satu-satu arahan secara programatik yang sebelum ini dilaksanakan secara manual. Dengan menggunakan modul Pathauto, kita memberikan arahan kepada Drupal untuk menghasilkan satu-satu URL secara automatik berdasarkan kepada bentuk atau paten yang ditentukan diruangan pentadbiran. Penggunaan Path redirect perlu digabungkan bersama dengannya untuk memastikan tahap SEO yang tinggi.

9.6 Optimum URL Drupal kepada pengguna dan enjin carian

Sebagai pengguna laman web, anda sedia maklum bahawa URL (Universal Resource Locator) adalah alamat yang digunakan dalam pelayar untuk memetakan kedudukan satu-satu kandungan. Terdapat banyak alatan yang digunakan dalam DNS untuk memastikan hal ini dapat dilaksanakan. Tetapi dalam tutorial kali ini, kita akan membicarakan berkaitan dengan palang "/", atau dalam erti kata lain:

http://example.com/tutorial-pembangunan-laman-web

9.5.2 Menulis tajuk kandungan yang sesuai kepada pembaca dan enjin carian

Dalam kes ini terdapat dua golongan yang berminat kepada tajuk kandungan anda. Yang pertama adalah enjin carian yang akan menggunakan tajuk kandungan untuk membantu mereka mendalami dan menentukan kategori kandungan laman. Kedua adalah pembaca/pengunjung yang melihat tajuk kandungan untuk membantu mereka sama ada laman web anda menepati pencarian isi kandungan yang dikehendaki. Tambahan mereka mungkin menggunakan fungsi tandaan (bookmark) sekiranya berminat. Tajuk kandungan yang sempurna meliputi kedua-dua golongan sasaran ini.

9.5.1 Pemasangan dan konfigurasi modul Page title

Ikuti langkah-langkah yang diterangkan seperti di bawah:

Muat turun modul Page title daripada https://www.drupal.org/project/page_title dan pasang seperti modul-modul Drupal yang lain. Pastikan anda memasang modul Token pada masa yang sama yang boleh didapati di https://www.drupal.org/project/token. Aktifkan kedua-dua modul ini pada masa yang sama.

Pages