Tutorial untuk pembangunan templat dan tema dalam Drupal

7.2 Membina templat kandungan node dengan Content template

Proses membuat templat kandungan untuk node tertentu boleh dilakukan secara terus menerusi fail templat. Untuk pengguna baru, adalah sukar untuk memahami konsep awal pembinaan templat Drupal ditambah pula dengan penggunaan modul Content Construction Kit (CKK). Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan modul Content template.

Melalui teknik ini, paparan kandungan untuk node akan kelihatan seperti berikut:

7.1 Memasukkan elemen untuk jenis kandungan tertentu

Dengan menggunakan kaedah ini, sebarang elemen atau kod persendirian boleh dimasukan ke dalam setiap paparan nodes secara automatik tanpa perlu menulisnya setiap kalu kemasukan kandungan baru.

Selain dari cara ini, modul seperti Panel boleh melakukannya tetapi perlu dilakukan beberapa tetapan untuk setiap halaman yang dibina. Kaedah ini akan mengubah suai fail templat yang ada dalam folder theme Drupal.

Situasi:

7 Modifikasi dan perubahan kecil templat Drupal 6

Bahagian buku panduan ini mengumpulkan ke semua perubahan, modifikasi dan selitan kod-kod aturcara yang boleh digunakan dalam pembangunan templat untuk Drupal 6.

Ruangan ini menempatkan himpunan kod-kod yang hanya dikendalikan oleh pengguna mahir. Untuk anda yang masih baru dalam pembinaan templat, sila rujuk kepada tutorial Penghasilan templat Drupal 6 secara berperingkat sebagai asas terlebih dahulu.

8.7 Fail template.php

Templat yang kita bangunkan sebelum ini telah ditetapkan untuk menggunakan enjin PHPTemplate sebagai tunjang utama. Dengan gabungan fungsi Drupal yang dipanggil "preprocessing" atau pra-pemprosesan membolehkan kita mengawal beberapa fungsi yang dihasilkan oleh sistem Drupal sebelum ianya dilepas ke bahagian pembentukan laman.

Bagi melakukan proses ini, kita memerlukan satu fail yang menyimpan arahan dan kod aturcara tersebut. Fail tersebut dinamakan template.php.

8.6 Fail comment.tpl.php

Ini adalah antara bahagian atau fail yang terakhir untuk dipelajari. Setelah itu kita selesai menghasilkan satu templat bermula dari lakaran. Untuk fail terakhir ini iaitu comment.tpl.php akan lebih menumpu kepada bahagian komen. Drupal tidak mengendalikan komen sebagai "node" kerana ianya mempunyai "table" tersendiri di pangkalan data.

Berikut merupakan API yang boleh digunakan dalam fail ini:

8.5 Fail node.tpl.php

Drupal telah memperkenal konsep "nodes" yang menjadi nadi kepada sistem tersebut sehingga membolehkannya berkembang dengan lebih fleksibel. Jika page.tpl.php mengawal keseluruhan paparan laman, maka node.tpl.php mengawal paparan untuk kandungan tersebut.

Seperti lain-lain fail, node.tpl.php mempunyai API yang tersendiri yang boleh digunakan untuk mengawal bentuk paparannya keapda pengguna. Senarai API yang terlibat adalah seperit berikut:

Pages