6.3 Apa itu hook?

Hook merupakan terminologi yang digunakan dalam Drupal khusus untuk pembangunan modul. Hook membenarkan modul-modul berinteraksi dan berkomunikasi dengan Drupal core.

Modul Drupal menggunakan sepenuhnya sistem hook dalam menjalankan setiap satu fungsinya. Hook sebenarnya adalah gugusan kod PHP yang dirangkumkan dalam sintaks function() dengan format module_hookname(). Di mana module merupakan nama modul tersebut dan hookname adalah nama bagi hook.

Drupal 7

Drupal 7-9009Selepas keluaran versi Drupal yang terakhir iaitu Drupal 6 pada 13 Februari 2008, sekali lagi komuniti Drupal.org mengegarkan dunia dengan keluarannya yang terbaru iaitu Drupal 7 pada 7 Januari 2011. Pembangunan versi ini yang mengambil masa selama hampir tiga tahun dikemaskan dengan pelbagai fungsi dan pembaharuan dari segi penggunaan.

6.2 Jenis kandungan (Content type)

Jenis-jenis kandungan dalam Drupal

Pada pemasangan asas, Drupal mempunyai 2 jenis kandungan sahaja iaitu Page dan Story. Jenis kandungan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan penggunaannya adalah bergantung kepada anda. Walau bagaimanapun, jika anda mengaktifkan module, Administer > Modules, anda akan dapat melihat lebih banyak jenis kandungan.