4 Contoh pertama JQuery

Dalam bahagian ini, kita akan melakukan cubaan dan contoh pertama menggunakan JQuery dengan memaparkan satu mesej "Hai, selamat datang". Mesej ini akan dipaparkan menerusi perisian pelayar kita.

Memanggil fail JQuery

Seperti yang diterangkan dalam tutorial sebelum ini, fail JQuery perlu dipanggil dengan melakukan rujukan menerusi <script></script> pada bahagian <head></head>.

Tutorial: 

3 Muat turun dan pemasangan JQuery

JQuery didatangkan dalam satu fail JavaScript. Jadi ianya mudah untuk dimuat turun dan dipasang pada mana-mana laman web untuk menghasilkan sebarang aplikasi web.

Kita juga boleh menambah JQuery kepada aplikasi yang sedia ada dan menggunakannya tanpa sebarang masalah. Berdasarkan kepada pemudah caranya, JQuery digunakan oleh pihak pembangun untuk tujuan kendalian kandungan secara Ajax.

Anda boleh memuat turun JQuery di: https://jquery.com/

Tutorial: 

1 Apa itu JQuery

JQuery merupakan himpunan kod yang dibina pada pelantar Javascript dengan menghasilkan gedung kod (library) untuk pembinaan laman web atau sistem. Ianya memudahkan proses pembangunan laman web 2.0 dan sebarang aplikasi berkaitan dengannya.

JQuery membantu para pembangun dengan memendek dan mengguna semula kod yang ditulis. JQuery memastikan semua kod adalah ringkas dan mudah dicari semula.

Tutorial: 

JQuery

Jquery merupakan koleksi kod JavaScript yang mampu dijalankan hampir kebanyakan perisian pelayar serta memudahkan proses pembangunan web secara interaktif. Terdapat banyak kod sambungan (plugin) yang boleh ditokok tambah kepada kod asas.

Atau, kita boleh mencipta sendiri kod JQuery berdasarkan kepada keperluan laman web. Laman ini sendiri menggunakan JQuery bagi menyediakan kemudahan dari segi corak dan pembelajaran secara maya.

Tutorial: