Bentuk carian data dan maklumat, kebijaksanaan tiruan

Dapat dilihat pada hari ini, enjin carian utama iaitu Google telah menjadi satu fenomena dengan beberapa fungsi tambahan yang dipertingkatkan serta bentuk paparan yang baru. Apabila kita mempunyai satu persoalan dan mahukan jawapan -- perkata pertama yang akan dilakukan adalah dengan mencari jawapannya di Google.com. Penggunaannya yang ringkas dengan hanya perlu memasukkan kata kunci atau frasa ayat bagi membolehkan kandungan yang telah diindeks dalam pangkalan data Google dipaparkan kepada pengguna.

Teknologi akan datang: Web 3.0

Selaras dengan kemajuan teknologi internet, peningkatan proses permindahan data dan kepelbagaian bahasa pengaturcaraan pelbagai konsep dan idea-idea baru diperkenalkan bagi membolehkan setiap kemajuan diselaraskan dalam semua aspek.

Begitu juga dengan konsep laman web. Pertama kali laman web diwujudkan, konsep pembangunan yang lebih kepada satu hala diwujudkan atau lebih mudah dikenali sebagai Web 1.0. Apabila wujudnya kepelbagaian aturcara, peningkatan sistem klien dan pelayan, konsep Web 2.0 diperkenalkan.

Apa itu Web 2.0

Artikel ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk maklumat lengkap mengenai Web 2.0

Apa itu Web 2.0

Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan guna website berunsur sosial seperti Facebook dan Friendster.