9.5.2 Menulis tajuk kandungan yang sesuai kepada pembaca dan enjin carian

Dalam kes ini terdapat dua golongan yang berminat kepada tajuk kandungan anda. Yang pertama adalah enjin carian yang akan menggunakan tajuk kandungan untuk membantu mereka mendalami dan menentukan kategori kandungan laman. Kedua adalah pembaca/pengunjung yang melihat tajuk kandungan untuk membantu mereka sama ada laman web anda menepati pencarian isi kandungan yang dikehendaki. Tambahan mereka mungkin menggunakan fungsi tandaan (bookmark) sekiranya berminat. Tajuk kandungan yang sempurna meliputi kedua-dua golongan sasaran ini.