6.3 Apa itu hook?

Hook merupakan terminologi yang digunakan dalam Drupal khusus untuk pembangunan modul. Hook membenarkan modul-modul berinteraksi dan berkomunikasi dengan Drupal core.

Modul Drupal menggunakan sepenuhnya sistem hook dalam menjalankan setiap satu fungsinya. Hook sebenarnya adalah gugusan kod PHP yang dirangkumkan dalam sintaks function() dengan format module_hookname(). Di mana module merupakan nama modul tersebut dan hookname adalah nama bagi hook.

Apa itu "Content Management System, CMS" (Sistem Pengurusan Kandungan)

Masalah utama kepada usahawan

Anda mempunyai satu laman web (yang konvesional) atau dibangunkan secara intranet (LAN). Laman tersebut telah berkembang secara tidak disedari dari satu masa ke masa, mempunyai kandungan yang banyak dan sangat berguna -- namun masih belum mencapai satu tahap kepuasan sebenar. Apabila diimbas kembali dan diselidik, mendapati banyak kandungan yang sudah ketinggalan dari segi isi dan kandungan. Proses mengemas kini setiap satu halaman memakan masa dan sangat kompleks ditambah dengan bentuk paparan yang sudah lusuh.

6 Pengoptimuman SEO Drupal

Tutorial kali ini akan menyentuh seberapa lengkap dan mendalam untuk meningkatkan SEO (Search Engine Optimization) dengan menggunakan sistem pengurusan kandungan Drupal. Di akhir tutorial, setiap laman web akan lebih mesra kepada agen carian dan lebih mudah untuk diindeks masuk ke dalam pangkalan data mereka.

Tips kali ini hanya hampir keseluruhannya dipraktiskan sekiranya menggunakan sistem pengurusan kandungan Drupal sahaja. Anda boleh mengambil isi-isi penting untuk digunakan pada laman web yang lain berpandukan kepada langkah-langkah yang ditunjukkan.