Greenshot perisian tangkap layar (screenshot) terbaik

Melalui kaedah biasa yang sedia ada pada kebanyakan komputer, kita akan menggunakan kekunci "Print Screen" pada papan kekunci untuk menangkap skrin terlebih dahulu. Seterusnya dengan perisian grafik atau pemprosesan teks seperti Microsoft Paint, tangkapan tadi disalin.

Kemudian kita akan melakukan aktiviti seperti "cropping" iaitu memilih atau membuang bahagian-bahagian tertentu pada tangkapan tersebut. Jika perlu, teks dimasukkan, anak panah dan lain-lain tanda yang digunakan untuk merujuk dan memberitahu kepada pihak ketiga.

3 Muat turun dan pemasangan JQuery

JQuery didatangkan dalam satu fail JavaScript. Jadi ianya mudah untuk dimuat turun dan dipasang pada mana-mana laman web untuk menghasilkan sebarang aplikasi web.

Kita juga boleh menambah JQuery kepada aplikasi yang sedia ada dan menggunakannya tanpa sebarang masalah. Berdasarkan kepada pemudah caranya, JQuery digunakan oleh pihak pembangun untuk tujuan kendalian kandungan secara Ajax.

Anda boleh memuat turun JQuery di: http://jquery.com

Tutorial: 

Membuat server PHP sendiri dengan WAMP

Jika anda sudah memahami HTML, dan anda ingin mula belajar menggunakan PHP, apa yang anda perlu ialah mempunyai sebuah server sendiri untuk memproses fail-fail PHP anda, berikut adalah teknik yang paling mudah untuk membuat server PHP.

Saya akan mengajar anda menggunakan perisian yang lengkap dengan PHP, Apache dan MySql, bagaimana pun anda boleh menginstall satu persatu perisian ini.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat server PHP.