2 Konfigurasi theme dari sistem pentadbiran
Kita telah mengenali dengan lebih dekat tentang sistem yang diaplikasikan oleh Drupal dalam proses pembinaan paparan dalam artikel sebelum ini. Bermula daripada konsep sehinggalah kita melihat fail-fail yang terlibat dalam keseluruhan theme.
Mungkin terlalu awal untuk kita memahami perkara-perkara seperti ini, tetapi ia adalah satu konsep asas yang perlu diketahui oleh pembangun templat dalam Drupal. Beberapa perkara yang sama juga akan disebut dalam bahagian-bahagian selanjutnya.