Mengubah suai profil pengguna DN.my

Forums: 

Drupal Note masih mengekalkan reka bentuk asal untuk profil pengguna menggunakan templat yang dibekalkan bersama Drupal. Pihak kami masih dalam pembangunan untuk mengeluarkan satu reka bentuk profil pengguna yang baru yang akan fokus kepada akses capaian terhad dan lebih baik.

Sehingga saat ini, semua maklumat pengguna dipaparkan secara telus oleh orang awam. Ini bagi membenarkan enjin carian untuk melakukan pengindeksan dengan lebih baik.

1 Apa itu Theme?

Theme merupakan elemen atau beberapa fail yang dilaksanakan dalam Drupal untuk mengawal susunan dan bentuk paparan laman web.

Bahagian ini menuntut pengetahuan mengenai HTML dan CSS dengan banyaknya. Namun begitu pengalaman dalam menggunakan PHP secara asas sudah mencukupi. Kita akan bermula dengan mengubah suai templat Drupal 7 yang sedia ada dan diikuti dengan pembinaan templat daripada awal.

The full content of this page is available to premium users only.

Konsep asas sistem log masuk dan keluar pengguna

Secara asasnya, YA. Kebanyakan sistem yang menyediakan kemudahan ini menggunakan konsep dan kaedah yang hampir sama. Yang membezakan mereka mungkin penulisan kod, sistem nyahkod dan pengekodan untuk kata laluan dan lain-lain ciri keselamatan tambahan semasa proses pengesahan.

Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan konsep dan kaedah asas seperti yang akan diterangkan dalam artikel ini.