Bagaimana untuk Hide Butan Home pada content type

Salam,

Saya ada create satu content type dan saya tidak mahu ada Butan Home pada content type tersebut. Tetapi Breadcrumbs diperlukan..

Ini kerana saya tidak mahu visitor melihat content yang lain atau melihat keseluruhan laman web..saya hanya mahu visitor melihat node content type tersebut sahaja.

T/kasih

 

 

Adakah Drupal 8 yang terbaik setakat ini?

Drupal sudah mencapai umurnya hampir 15 tahun di persada internet dan kini Drupal dalam proses untuk melepaskan versi yang terbaru iaitu Drupal 8. Satu menambahbaikkan terhadap versi stabil sekarang Drupal 7. Hampir 200 fungsi baru diperkenalkan dan perubahan kerangka menggunakan perkhidmatan ketiga seperti Symphony dan Twig. Ramai mula berbicara mengenainya selepas beberapa siri persidangan Drupal diadakan di seluruh dunia.

3 Muat turun dan pemasangan JQuery


JQuery didatangkan dalam satu fail JavaScript. Jadi ianya mudah untuk dimuat turun dan dipasang pada mana-mana laman web untuk menghasilkan sebarang aplikasi web.



Kita juga boleh menambah JQuery kepada aplikasi yang sedia ada dan menggunakannya tanpa sebarang masalah. Berdasarkan kepada pemudah caranya, JQuery digunakan oleh pihak pembangun untuk tujuan kendalian kandungan secara Ajax.



Anda boleh memuat turun JQuery di: http://jquery.com

Tutorial: 

1 Apa itu JQuery

JQuery merupakan himpunan kod yang dibina pada pelantar Javascript dengan menghasilkan gedung kod (library) untuk pembinaan laman web atau sistem. Ianya memudahkan proses pembangunan laman web 2.0 dan sebarang aplikasi berkaitan dengannya.

JQuery membantu para pembangun dengan memendek dan mengguna semula kod yang ditulis. JQuery memastikan semua kod adalah ringkas dan mudah dicari semula.

Tutorial: 

Pembangunan template Drupal 7

Template atau "theme" dalam Drupal berfungsi untuk memaparkan bentuk dan persembahan laman web mengikut reka bentuk dan susunan daripada pihak pembangun. Sistem pengurusan kandungan pada masa sekarang telah mengasingkan bentuk paparan dan kandungan secara berasingan.

Tujuan utama adalah bagi memudahkan setiap urusan dan kendalian sesuatu laman web. Berbeza dengan cara tradisional, kandungan dimuatkan secara terus ke dalam fail-fail HTML. Keadaan ini menyebabkan setiap perubahan kepada paparan perlu dilakukan secara berulang kali pada setiap satu fail HTML.

Buang semua gimik yang mengganggu

Pengguna internet terutama yang melayari laman web boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:

  • pengguna pertama kali datang (first time user)
  • pengguna atau pengunjung tetap

Apabila satu laman web baru siap dibina dan dilancarkan, promosi yang dilakukan mungkin berjaya menarik ramai pelawat singgah untuk melihatnya. Setibanya di sana, mereka disajikan dengan gimik-gimik tertentu.

Pages