Adakah Drupal 8 yang terbaik setakat ini?

Drupal sudah mencapai umurnya hampir 15 tahun di persada internet dan kini Drupal dalam proses untuk melepaskan versi yang terbaru iaitu Drupal 8. Satu menambahbaikkan terhadap versi stabil sekarang Drupal 7. Hampir 200 fungsi baru diperkenalkan dan perubahan kerangka menggunakan perkhidmatan ketiga seperti Symphony dan Twig. Ramai mula berbicara mengenainya selepas beberapa siri persidangan Drupal diadakan di seluruh dunia.

5 Perbezaan ruangan pentadbir

Perbezaan ketara

Bagi yang sudah biasa menggunakan CMS lain seperti Joomla, Wordpress atau PhpNuke, anda mungkin agak keliru dengan ruangan admin dalam Drupal pada pertama kali menggunakannya. Begitu juga dengan saya, memang tidak dinafikan lagi.

Drupal tidak mempunyai ruangan Administrator yang khusus seperti mana-mana CMS yang lain. Segala proses pengubahsuaian, penambahan artikel, konfigurasi laman, modifikasi blok-blok dan penyelarasan modul-modul semuanya dilakukan secara Front End dan BUKANĀ melalui Back End.