Sepuluh (10) tips dari perspektif pembinaan laman web

SEO mempunyai teknik dan cara yang banyak. Ianya berbeza dari pendapat dari seorang pembangun laman web kepada pembangun yang lain. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai pengalaman dan tips-tips yang telah dikaji, dibuat dan memperoleh hasil yang berbeza. Dalam teknik SEO tidak terdapat cara mudah tetapi terdapat cara yang terbaik untuk mengekalkan konsistensinya pada laman web kita.

Berikut adalah himpunan sepuluh tips, yang secara umumnya boleh diamalkan dan dijadikan panduan berdasarkan perspektif atau sudut pandangan pereka laman web dalam pembinaan satu-satu laman.

Bentuk carian data dan maklumat, kebijaksanaan tiruan

Dapat dilihat pada hari ini, enjin carian utama iaitu Google telah menjadi satu fenomena dengan beberapa fungsi tambahan yang dipertingkatkan serta bentuk paparan yang baru. Apabila kita mempunyai satu persoalan dan mahukan jawapan -- perkata pertama yang akan dilakukan adalah dengan mencari jawapannya di Google.com. Penggunaannya yang ringkas dengan hanya perlu memasukkan kata kunci atau frasa ayat bagi membolehkan kandungan yang telah diindeks dalam pangkalan data Google dipaparkan kepada pengguna.

9.5.2 Menulis tajuk kandungan yang sesuai kepada pembaca dan enjin carian

Dalam kes ini terdapat dua golongan yang berminat kepada tajuk kandungan anda. Yang pertama adalah enjin carian yang akan menggunakan tajuk kandungan untuk membantu mereka mendalami dan menentukan kategori kandungan laman. Kedua adalah pembaca/pengunjung yang melihat tajuk kandungan untuk membantu mereka sama ada laman web anda menepati pencarian isi kandungan yang dikehendaki. Tambahan mereka mungkin menggunakan fungsi tandaan (bookmark) sekiranya berminat. Tajuk kandungan yang sempurna meliputi kedua-dua golongan sasaran ini.

Teknologi akan datang: Web 3.0

Selaras dengan kemajuan teknologi internet, peningkatan proses permindahan data dan kepelbagaian bahasa pengaturcaraan pelbagai konsep dan idea-idea baru diperkenalkan bagi membolehkan setiap kemajuan diselaraskan dalam semua aspek.

Begitu juga dengan konsep laman web. Pertama kali laman web diwujudkan, konsep pembangunan yang lebih kepada satu hala diwujudkan atau lebih mudah dikenali sebagai Web 1.0. Apabila wujudnya kepelbagaian aturcara, peningkatan sistem klien dan pelayan, konsep Web 2.0 diperkenalkan.

Apa itu SEO

Pengenalan

"Search Engine Optimization (SEO)" atau dalam terma bahasanya adalah "Pengoptimuman Enjin Carian" selalu dikaitkan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan trafik atau pasaran sesuatu laman web. Ia sememangnya tepat kerana SEO membantu dalam mempromosikan sesuatu laman dan dalam masa yang sama menuntut kepakaran dari segi teknikal - sekurang-kurangnya memahami aturcara HTML.

Langkah terbaik menulis artikel internet

Ini menyebabkan kekurangan populariti pada web tersebut. Jadi di sini terdapat 7 (tujuh) langkah yang boleh diamalkan untuk menghasilkan artikel yang berkesan.

Tajuk artikel yang memukau mata

Kebanyakan artikel akan dikunjungi melalui enjin carian atau pautan dari laman-laman sosial. Untuk menarik minat pengguna, tajuk artikel seharusnya agak lain dari yang lain dan tidak terlalu menekan. Tajuk yang terbaik akan memberikan gambaran penuh kepada isi kandungan artikel seperti "Bagaimana untuk ...", "Langkah-langkah ... ".

Kata kunci: Perkara terpenting dalam SEO


Kata kunci merupakan elemen terpenting dalam SEO untuk semua Agen Carian. Ini kerana Agen Carian bergantung kepada frasa carian (string) semasa proses carian dijalanakan.



Mungkin ia kelihatan mudah tetapi kita akan mempelajarinya dengan sangat mendalam untuk memilih dan menggunakan kata kunci dengan lebih baik.



Beberapa kajian atau percubaan perlu dilakukan agar pemilihan kata kunci yang tepat dan betul digunakan selain kita mengoptimumkan penggunaannya.