Apa itu alamat IP (IP address)

Sebarang alatan peranti yang dihubungkan dalam satu jaringan perlu mempunyai ID pengenalan unik bagi membezakannya dengan peranti-peranti yang lain. Alamat IP atau protokol IP ini boleh dianggapkan seperti nama-nama jalan yang disekitarnya menempatkan kawasan perumahan yang masing-masing mempunyai alamat tersendiri. Alamat ini digunakan untuk melakukan proses perhubungan sama ada menerusi surat atau telefon (yang mempunyai nombor telefon tersendiri dan unik).