Fungsi "autotagging" di bahagian forum

Forums: 

Bagi memastikan setiap topik atau isu yang dibangkitkan di ruangan forum berupaya untuk diindeks dengan lebih baik, satu fungsi "autotagging" telah dimuatkan.

Sistem akan secara automatik akan melakukan tag kepada mana-mana topik yang dihantar di forum Drupal Note Malaysia. Tag ini akan digunapakai pada kebanyakan sistem seperti penyenaraikan artikel berkaitan, "word cloud" dan enjin carian dalaman Drupal Note.

Bahagian tag yang disediakan pada setiap borang topik akan diisi secara automatik tanpa perlu anda memasukkan tag-tag yang berkaitan dengan topik.

Adakah Drupal 8 yang terbaik setakat ini?

Drupal sudah mencapai umurnya hampir 15 tahun di persada internet dan kini Drupal dalam proses untuk melepaskan versi yang terbaru iaitu Drupal 8. Satu menambahbaikkan terhadap versi stabil sekarang Drupal 7. Hampir 200 fungsi baru diperkenalkan dan perubahan kerangka menggunakan perkhidmatan ketiga seperti Symphony dan Twig. Ramai mula berbicara mengenainya selepas beberapa siri persidangan Drupal diadakan di seluruh dunia.

1.2 Mentakrifkan kewujudan theme baru

Jika kita rujuk semula kepada Sistem theme dalam Drupal, terdapat satu fail yang dipanggil .info disorotkan dengan warna merah. Fail ini menyimpan semua maklumat berkenaan dengan theme kita. Ini termasuklah nama theme, konfigurasi, keperluan modul terpasang siap dan fungsi-fungsi pemboleh ubah.

The full content of this page is available to premium users only.

CMS: Kebolehgunaan (usability) & kefungsian (functionality)

Hari ini pelbagai jenis dan pelantar CMS membanjiri dunia internet serentak dengan tuntutan pengguna untuk menghasilkan laman web sendiri. Sistem yang diterapkan setiap hari melalui proses peningkatan bagi menghasilkan satu perisian yang terbaik.

Berbicara mengenai elemen ini, antara faktor yang begitu menjadi perbualan ramai adalah mesra pengguna dan proses pembelajaran yang paling singkat tetapi mampu untuk hasilkan produk seperti seorang professional. Jika dulu, semua ini terpaksa bermula dari bawah, tapi dengan CMS mampu menyelesaikan segalanya.

3.4 Pengguna di forum

Pengguna merupakan nadi penggerak sesuatu forum. Tanpa pengguna atau pengunjung, walau sehebat mana forum anda tetap tidak bermakna atau seolah-olah anda seperti syok sendiri di dalam forum tersebut.

Oleh itu, phpBB menyediakan beberapa fungsi yang lebih menumpukan kepada pengguna. Kebanyakan fungsi-fungsi dan tetapan boleh digunakan sepenuhnya oleh pengguna dalam menghidupkan sesuatu forum tersebut. Antara perkara penting yang dititikberatkan dalam perisian ini adalah:

Tutorial: 

4.1 Administrator Control Panel (ACP)

Seperti mana-mana CMS, phpBB mempunyai sistem pengawalan bersepadu atau "Administrator Control Panel" yang lebih senang dipanggil dengan nama ACP. Ia juga dikenali sebagai "backend" oleh sesetengah orang.

Ruangan ini hanya boleh dimasuki oleh "Founder" (empunye forum) dan ahli-ahli admin yang telah dilantik oleh "founder" sahaja.

A.C.P ini merupakan pusat kawalan kepada forum anda. Segala tetapan dibahagian ini akan memberikan kesan kepada forum tersevut. Sekarang kita akan memasuki ruangan ACP ini pada laman utama.