"Mail Merge" Untuk Microsoft Word 2007

Apa Itu "Mail Merge"?

Bayangkan anda terpaksa menulis 1000 pucuk surat yang semua kandungannya sama kecuali yang berlainan hanya alamat, tarikh, nama dan beberapa terma-terma tertentu.

Secara manualnya, anda akan menulis surat pertama, kemudian cetak, ubah perkara-perkara seperti alamat, nama, tarikh dan lain-lain kemudian cetak surat yang kedua dan ulang perkara yang sama sehingga selesai 1000 surat.