Alatan untuk menguji dan mengenali jenis sistem laman web


Pembangunan pesat dalam penciptaan perisian sumber terbuka terutamanya untuk pembangunan laman web boleh dikatakan mendapat sambutan yang begitu tinggi semenjak ianya dilaksanakan seawal tahun 1998. Hari ini jumlah perisian sumber terbuka semakin bertambah. Statistik daripada laman web http://www.opensourcecms.com menunjukkan terdapat 141 perisian CMS telah dibangunkan dan didaftarkan di situ.