Bingkai elemen ala-ala Windows Vista

Tutorial kali ini menyentuh langkah-langkah yang boleh anda praktiskan untuk membuat kesan bingkai gambar atau elemen lain seperti dalam Windows Vista. Sebelum ini kesan bingkai pernah digunakan pada tema laman KS. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai langkah-langkah untuk menghasilkannya.

Terlebih dahulu, anda boleh dapatkan sebarang gambar sampel untuk dijadikan sebagai latihan. Dalam contoh kali ini saya menggunakan gambar bayi kerana ianya sangat comel. Terima kasih kepada Adam Danish kerana menjadi model.