Mengubah suai profil pengguna DN.my

Forums: 

Drupal Note masih mengekalkan reka bentuk asal untuk profil pengguna menggunakan templat yang dibekalkan bersama Drupal. Pihak kami masih dalam pembangunan untuk mengeluarkan satu reka bentuk profil pengguna yang baru yang akan fokus kepada akses capaian terhad dan lebih baik.

Sehingga saat ini, semua maklumat pengguna dipaparkan secara telus oleh orang awam. Ini bagi membenarkan enjin carian untuk melakukan pengindeksan dengan lebih baik.