Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan cara-cara untuk mengetahui jenis pemprosesan yang digunakan pada komputer anda dan adakah perkakas milik anda mampu untuk ditingkatkan kepada versi 64bits terutamanya sistem operasi (operating system).


Kelebihan dan apakah yang dimaksudkan dengan 64bits tidak akan dibincangkan di sini. Satu pautan rujukan kepada artikel sebelum ini dilampirkan dan anda boleh membaca artikel mengenainya di sana.


Memeriksa Jenis "bits" Komputer


Terdapat dua cara untuk mengetahui jenis dan versi operasi bits yang dipasang pada komputer anda. Ini penting kerana terdapat sesetengah perisian tidak mampu untuk dijalankan pada pelantar 64bits.


Cara 1: Melalui "Regedit"


Pergi ke Start Run/taip "Regedit"


Terus ke bahagian: HKEY_LOCAL_MACHINE HARDWARE DESCRIPTION System CentralProcessor 0


Dari sini, anda dapat melihat nama dan jenis unit pemprosesan yang dilengkapi pada kod rentetan ProcessorNameString. Pada kod rentetan Identifier, akan menerangkan jenis bits. Sekiranya terdapat frasa x86, maka ia adalah 32bits. Sekiranya x64, ia adalah 64bits.



Cara 2: Melalui "msinfo.exe"


Pergi ke Start Run taipkan "msinfo.exe"


Pada paparan "System Information" di baris System Type, ia akan menerangkan jenis PC. Pengenalpastian sama seperti dalam cara 1.



Adakah sistem atau komputer saya mampu untuk dinaik taraf kepada 64bits?


Ini adalah persoalan yang selalu ditanya kepada pengguna komputer yang baru. Kadang-kadang kita terlupa untuk menyemak dalam manual yang diberikan semasa pembelian adalah unit pemprosesan menyokong peningkatan kepada versi 64bits.


Salah satu caranya, adalah merujuk kepada laman rasmi untuk unit pemprosesan, contohnya: Intel, AMD. Tetapi terdapat cara yang boleh anda periksa terus adakah ia menyokong proses peningkatan ini.


Cara 1: Untuk perasi sistem Windows Vista dan Windows 7


Pergi ke Start Klik kanan ikon My Computer/Computer Properties. Seterusnya klik Windows Experience Index.



Seterusnya klik pada pilihan View and Print detailed performance and system information.



Dari sini anda dapat memeriksa jenis sistem yang digunakan sekarang dan jumlah "core" unit pemprosesan. Sekiranya sistem menyokong untuk peningkatan ke tahap 64bits, satu indikasi akan dikeluarkan iaitu "64-bits capable: Yes"


Sekiranya sistem tidak menyokong, sama ada keputusannya adalah "No" ataupun indikasi tidak dipaparkan langsung (keadaan ini mungkin terjadi sekiranya sistem sudah dipasang dengan jenis 64bits).


Cara 2: Menggunakan perisian percuma CPUZ


Dapatkan dan muat turun perisian CPUZ.


Perisian ini akan menganalisis dan memaparkan ke semua spesifikasi perkakasan pada komputer anda termasuk ingatan, cakera keras, unit pemprosesan dan lain-lain lagi.



Di bawah ruangan tab "CPU", perhatikan pada ruangan "Instructions". Sekiranya terdapat identiti EM64T (Intel) atau AMD64 (AMD), maka sistem komputer anda mampu untuk ditingkatkan kepada versi 64bits. Jika tiada antara kedua-dua identiti ini, sistem langsung tidak menyokong.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)