Ikuti tutorial berikut untuk membolehkan web anda lebih mesra dengan agen carian.
1. Pemilihan tag unik
Pertama, anda perlu menggunakan tag yang unik untuk setiap artikel yang anda paparkan dan PERLU berkaitan dengan kandungan artikel tersebut. Pastikan tag-tag tersebut dihasilkan secara automatis oleh sistem laman web anda supaya perbezaan yang ketara antara satu artikel dengan artikel yang lain bagi meningkatkan "ranking" atau pangkat satu-satu artikel secara total.
2. Kandungan kaya dengan kata kunci
Kandungan laman web dan artikel yang paparkan seharusnya kaya dengan kata kunci (keyword) dan setiap penulisan dirancang dan dibina secara lebih teratur dan senang dibaca. Sebagai tambahan, gunakan "point" atau sistem penomboran, tekankan kata kunci penting dan juga penggunaan "heading" (H1, H2, H3; sila rujuk tutorial: HTML) bagi memudahkan proses mengindeks oleh agen carian.
3. Lokasi menu navigasi utama
Adalah lebih baik dan disarankan supaya meletakkan menu utama (pautan yang paling besar) pada bahagian atas laman web anda supaya memudahkan pengguna melayarinya. Sekiranya laman web anda mempunyai kedalaman pautan yang tersangat banyak, pastikan ia dilengkapkan dengan kemudahan "Site Map" atau "RSS" bagi mempercepatkan proses pengindeksan.
4. Lakukan proses kemaskini dengan lebih kerap
Kemas kini laman web setiap masa bagi membolehkan laman web sentiasa kelihatan baru dan penuh dengan maklumat terkini. Perkara ini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan seperti Drupal, Joomla atau Wordpress. Artikel-artikel terbaru yang dimuatkan akan menambahkan bilangan kata kunci dalam keseluruhan laman web sekaligus meningkatkan fungsi carian oleh pengguna.
5. Optimumkan penggunaan kata kunci
Elakkan dari menggunakan tag-tag atau kata kunci yang sama pada setiap artikel anda kerana ia akan merendahkan nilai satu-satu kata kunci tersebut. Ia juga menyusahkan agen carian menetapkan kata kunci tersebut untuk artikel tertentu.
6. Berhati-hati dengan penggunaan Flash
Penggunaan "Flash" untuk sebarang iklan dan multimedia mencantikkan laman web. Tetapi perlu ingat yang "Flash" tidak membantu dalam menaikkan "ranking" laman anda.
7. Bersih dan ringkas
Jadikan paparan laman web anda sebersih dan seringkas yang boleh. Ini menyenangkan agen carian merantau secara menyeluruh. Lebih bagus sekiranya anda mengguna "Cascading Style Sheet" atau CSS (rujuk tutorial: Apa itu CSS) untuk menaikkan mood laman web dan pastikan CSS luaran digunakan (external).
8. Atribut bantuan ALT pada gambar
Oleh kerana agen carian tidak dapat membaca gambar (rujuk artikel: Gambar (images)), pastikan setiap elemen gambar (<img>) dilengkapkan dengan atribut ALT.
9. Sediakan ruangan peta laman
Sekiranya anda mempunyai pautan berbilang dan banyak, pastikan ia dimasukkan dalam kategori utama agar memudahkan agen carian mengakses ke smua pautan tersebut sekali gus.
10. Amalkan penulisan alamat URL penuh
Apabila menamakan satu pautan, pastikan alamat penuh digunakan seperti "http://example.com/contoh-laman.html" dan bukan hanya menumpukan pada nama fail sahaja.
Komen
Re: 10 Perkara Penting Dalam SEO
saya macam pernah baca artikel ini dalam bahasa inggeris. syabas encik parasolx, artikel ini sungguh membantu :)
Admin
Re: 10 Perkara Penting Dalam SEO
Artikel ini saya tulis dengan merujuk banyak artikel-artikel yang terdapat di internet dan mungkin beberapa isinya saling berkaitan dan kebetulannya ianya dimuatkan. Sebagai alternatif, saya menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training
Re: 10 Perkara Penting Dalam SEO
Terima kasih, tips sangat berguna :)
Informsi yang sangat menarik
Informsi yang sangat menarik dan penting untuk setiap pemilik blog agar jangan abaikan 10 perkara utama yang admin kongsikan agar SEO sentiasa dititikberatkan.
sensasi2020