1. Target kata kunci yang salah

Ini merupakan kesalahan yang sering dan paling kerap dilakukan walaupun pakar SEO sekalipun. Rata-rata menggunakan kata kunci yang terlintas difikiran penulis tetapi tidak merujuk kepada senarai carian yang digunakan oleh umum. Dan yang paling teruk, kata kunci yang digunakan langsung tidak pernah dan dicari oleh orang ramai.

Penggunaan dan pemilihan kata kunci yang tepat dan betul merangsang trafik ke laman anda. Gunakan kemudahan seperti Website Suggestion Keyword untuk membantu dalam pemilihan kata kunci ini.


2. Mengabaikan tag "Title"

Pengabaian tag <title> pada dokumen selalu dilakukan. Ini adalah elemen paling penting untuk merangkum kata kunci. Ianya bukan sahaja meningkatkan tahap SEO laman tetapi dalam senarai pencarian di Agen Carian, tajuk ini akan dipaparkan terlebih dahulu diikuti dengan sipnosis kandungan.


3. Laman FLASH tanpa alternatif HTML

Dalam nota yang lain, penggunaan Flash menjadikan sesuatu laman lebih interaktif dan seronok untuk dilayari. Sekiranya laman anda sepenuhnya menggunakan Flash dan mahukan ianya lebih mesra agen carian, sediakan alternatif dalam bentuk HTML.

Agen Carian tidak mempunyai asalan lain untuk tidak menyukai laman berasas Flash, tetapi sebab mereka tidak mampu untuk membaca Flash seterusnya tiada sebarang kandungan atau teks yang dapat diindeks.


4. Menu berasaskan "JavaScript"

Penggunaan JavaScript untuk menghasilkan menu navigasi tidak menimbulkan masalah seandainya anda menyediakan alternatif untuk Agen Carian mengindeks iaitu peta laman (Site Map). Melalui cara ini, anda memberikan mereka laluan kerana Agen Carian tidak mampu untuk memproses dan membaca JavaScript.


5. Tiada konsistensi dan kemaskini

Sekali anda sudah melakukan tranformasi untuk meningkatkan keupayaan SEO laman, jangan berhenti di situ. Walaupun pada awalnya hasilnya mengagumkan, populariti laman akan merundum sekiranya tiada kemaskini atau konsistensi dalam kemasukan input-input terbaru.


6. Terlalu menumpu kepada "Meta Tags"

Ramai berpendapat SEO hanya menumpukan kepada elemen meta (keyword, description) yang tepat sahaja. Hakikatnya, elemen meta ini sudah diletakkan diperingkat paling terakhir untuk dinilai oleh Agen Carian. Kerana terlalu banyak laman yang menyalahgunakan kemudahan ini sehingga memberi kesan kepada relevansi carian.


7. Penggunakan gambar untuk tajuk

Reka bentuk laman sekarang memang jauh berbeza untuk beberapa tahun kebelakang di mana penggunaan gambar (image) mula mendapat perhatian. Menu, navigasi sehinggalah kepada tajuk kandungan semuanya menggunakan gambar.

Saya ingatkan kembali, Agen Carian tidak mampu untuk membaca gambar. Gunakan alternatif terbaru untuk menghasilkan gambar dari tulisan asal sama ada menggunakan sIFR atau Cufon.


8. Pengabaian skema penamaan URL

Bahagian ini juga kerap diabaikan semua pembangun laman. Laman dinamik tidak merangkumkan sebarang kata kunci dalam penamaan URL. Ada kemungkinan tanpa skema yang jelas, laman tersebut masih mampu untuk meraih populariti yang tinggi.

Namun sekiranya ianya dilakukan, anda memberikan kelebihan kepada URL laman tersebut untuk berada ditahap yang lebih tinggi.


9. Pautan semula yang mengarut

Secara psikologinya ramai berpendapat pautan semula (backlinks) lebih banyak membawa trafik yang lebih. Oleh itu, begitu ramai yang "menempel" di forum, komuniti ramai atau lubuk laman dengan menghantar URL laman sendiri.

Hakikatnya teknik ini sebenarnya akan menyebabkan URL tersebut disenaraihitamkan oleh Agen Carian. Sebenarnya anda perlu mendapatkan pautan semula yang BERKUALITI dan bukan bilangan yang banyak.


10. Kekurangan kata kunci dalam kandungan

Setelah mendapatkan kata kunci yang tepat, ubah suai kandungan tersebut dan selitkannya di tempat yang sesuai agar lebih menyeluruh dan tidak tertumpu pada satu bahagian kandungan sahaja.

Kaedah ini lebih praktikal berbanding anda sorotkan (highlights) setiap kata kunci dalam kandungan tersebut.

Artikel: 
Penilaian: 
No votes yet

Komen

sensasi2020's picture

Ramai yang membuat kesalahan dalam artikel mereka dengan mengabaikan kesalahan terhadap SEO. Ini sudah tentu menjejaskan SERP blog/artikel mereka. Semoga kesalahan begini diambil perhatian setiap blogger. 

------

sensasi2020