Pada bulan lepas, Google telah mengumumkan bahawa mereka telah memasukkan faktor kelajuan laman dibuka (loading page) dalam algoritma penyusunan populariti telah menjadi isu besar. Artikel yang dihantar di blog Webmaster Tools Google boleh di baca di sini.

Ramai pembangun laman web memberi komen pada artikel tersebut memandangkan faktor yang diambil kira tersebut bakal menjatuhkan banyak laman-laman yang sekian lama berada di peringkat tertinggi dalam populariti Google. Google yang merupakan Agen Carian ternama dan paling banyak digunakan dalam proses carian maklumat membuat tindakan drastik tanpa memberikan penjelasan yang lengkap.


Faktor yang mempengaruhi pembukaan laman

Dalam artikel sebelum ini, beberapa tips telah diberikan bagi meningkatkan proses pembukaan laman dan yang paling penting adalah saiz laman. Laman yang berasaskan kepada teks lebih laju dan cepat untuk dibuka berbanding laman yang dipenuhi dengan gambar dan beberapa elemen lain.

Penggunaan Google Analytics dan Google Adsense pada laman juga memperlahankan proses pembukaan laman. Ini kerana proses muat turun terpaksa bertukar DNS dan IP. Rata-rata pembangunan laman web yang membaca artikel ini telah mula membuang ke semua skrip Google termasuk Google Friends.


Adakah faktor ini memang mempengaruhi SEO?

Laman-laman yang berteraskan perniagaan, SEO merupakan elemen terpenting kerana hanya dengan trafik yang tinggi sahaja mampu untuk membawa keuntungan kepada pembangun. Bagi bloggers, pengiklanan tidak bermakna lagi tanpa kehadiran pengunjung.

Oleh itu, sejauh mana pengumuman Google tersebut diimplikasikan dalam algoritmanya terbaru. Dari beberapa laman yang dibaca, beberapa eksperimen dilakukan dengan membandingkan dua laman yang berasaskan kepada teks dan bergambar. Laman dibiarkan tanpa sebarang kemas kini selama dua bulan.

Selepas dua bulan, didapati kedua-dua laman mempunyai reputasi dan populariti (Google Page Rank) yang tetap sama. Walaupun laman berasas teks mengambil masa lebih kurang 1 saat untuk buka berbanding gambar (5 saat), kedua-duanya tetap diindeks oleh Google Bot.

Kemungkinan faktor ini masih dalam pertimbangan pihak Google tetapi bagi melaksanakannya adalah sesuatu yang mustahil. Dan sekiranya Google berkeras untuk menerapkan faktor ini, ramai yang akan beralih kepada Yahoo! dan MSN. Selamat tinggal Google.


Kenapa ianya mustahil untuk dilaksanakan

Proses untuk memuat turun, memindahkan data dan memaparkan laman bergantung kepada kekuatan pelayan (server). Bagi golongan yang berkemampuan, pelayan seperti "Dedicated" dan "VPS" akan meraih keuntungan lebih manakala pelayan jenis perkongsian, "Shared", akan mula tenggelam. Jika ini berterusan, Google hanya akan dipenuhi dengan senarai laman perniagaan sahaja. Tiada lagi variasi dalam pangkalan datanya.

Selain itu, kedudukan pelayan mempengaruhi kadar proses pembukaan laman. Jarak yang terlalu besar mengambil masa lebih tinggi untuk dimuat turun. Contohnya, laman Kripkorn Studios yang berada di Putrajaya mengambil masa lebih kurang 24 saat untuk dibuka di United State berbanding di Malaysia yang mengambil masa lebih kurang 8 saat sahaja.

"Site-Speed" antara terma yang diperkenalkan oleh Google tidak jelas sampai sekarang. Adakah ianya mula dikira dari saat laman dicapai sehingga ianya dibuka ATAU saat laman dimuat turun ATAU laman diterima dan dipaparkan pada pelayar (browser)? Ianya masih belum jelas maksud sebenar terma ini.

Namun dari temu bual bersama pemilik Google, Matt Cutts memberitahu bahawa pembangun laman web tidak perlu untuk terlalu menekan dan fokus kepada "Site-Speed" semata-mata tetapi perlu fokus kepada kualiti sesuatu laman.


Kesinambungan kepada Site-Speed

Sekiranya kita lihat dari satu sudut, sememangnya isu Site-Speed ini seperti terlalu "biadap" kepada webmaster sebaliknya jika ianya diambil sebagai satu cabaran dan tindakan positif akan membawa kepada kebaikan.

Kita ambil satu contoh situasi, satu laman yang terlalu kompleks mengambil masa lebih kurang 22 saat untuk dibuka. Bagi pengguna baru, proses pembukaan yang terlalu lama akan memberikan ekspresi pertama kali:


  • laman bermasalah

  • membuang masa

  • tidak mengandungi kandungan yang diperlukan.

Pengguna akan terus klik butang "BACK" pada pelayar. Kita telah kehilangan seorang pelawat dan keadaan berterusan mengurangkan trafik kemasukan pada laman. Kemungkinan isu "Site-Speed" dikeluarkan agar pembangun laman web lebih serius, hanya memuatkan elemen yang penting sahaja.

Tidak memasukkan seberapa banyak perkara-perkara yang bukan-bukan pada setiap laman yang menyebabkan ianya lebih lama untuk dibuka.

Artikel: 
Penilaian: 
1
Your rating: None Average: 1 (1 vote)

Komen

sensasi2020's picture

Ramai blogger yang mementingkan kelajuan loading blog/website untuk menarik perhatian Google agar blog tersebut disukai Google. Rami yang resah jika loading mengambil masa yang lama dan sudah pasti pengunjung akan tekan butang Back atau terus tekan butan X untuk tutup terus. Ini merugikan blogger/blog itu sendiri.

------

sensasi2020