Structure-9068

Seterusnya kita beralih ke menu pentadbiran ketiga iaitu Structure. Ruangan ini menempatkan fungsi-fungsi yang akan menyedia, memberi dan mengendalikan hal-hal berkaitan dengan struktur laman Drupal. Ia merangkumi empat fungsi utama yang menghidupkan dan menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan pengurusan kandungan iaitu:

  • Block
  • Content type
  • Menus
  • Taxonomy

Untuk setiap terma yang digunakan di atas, sekiranya anda masih baru, sila rujuk tutorial mengenai Terminologi dalam Drupal terlebih dahulu. Ini akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai empat perkara ini. Empat elemen ini adalah pada pemasangan asas. Sekiranya melibatkan pemasangan modul tambahan, kemungkinan senarainya akan bertambah bergantung kepada fungsi modul itu sendiri (adakah perlu ia menambah atau tidak).

Block

Kita akan melihat dahulu ruangan pentadbir Block. Cara dan corak penggunaan untuk blok ini masih sama jika dibandingkan dengan D6. Ia akan menyenaraikan ke semua blok-blok yang diboleh digunakan pada Region (rujuk artikel: Konsep "Region", "Block" dan "Menu") atau ruangan berfungsi yang disediakan pada templat. Berbeza dengan D6, kehadiran tab fungsi di bahagian atas membezakan tetapan antara templat-templat yang diaktifkan. Untuk permulaan, terdapat dua templat yang telah diaktifkan oleh sistem Drupal semasa pemasangan iaitu Bartik dan Seven.

Structure-9069

Setiap templat ini mungkin mempunyai Region dan susunan bloknya tersendiri. Tidak semua templat menawarkan region dan susunan yang sama tambahan lagi sekiranya templat itu dibina khas (custom make). Jadi untuk melihat atau memaparkan ruangan yang boleh diletakkan blok-blok ini adalah dengan klik pada pautan "Demonstrate block regions ([nama templat])".

Ia akan memaparkan kedudukan dan situasi di mana region tersebut diletakkan. Sebagai contohnya, untuk templat Bartik yang mempunyai 15 regions akan ditunjukkan dengan jelas kedudukan setiap satu seperti di bawah. Untuk kembali ke ruangan sebelum, klik sahaja "Exit block region demonstrate".

Structure-9070

Tutorial lanjut mengenai penggunaan Block ini akan diterangkan dalam tutorial berasingan.

Content type (jenis kandungan)

Structure-9071

Content type mengawal jenis dan bentuk kandungan untuk kiriman setiap kandungan. Secara mudahnya, bentuk kiriman bagi blog mungkin berbeza dengan forum dan ini boleh diasingkan melalui fungsi ini. Apa yang menariknya mengenai Content type dalam D7 berbanding versi sebelum ini adalah kehadiran Content Construction Kit (CCK) terus dari pemasangan asas. Tahniah!

Tahukah anda mengapa Drupal begitu dikenali dengan fleksibel? Ini adalah kerana kehadiran modul CCK yang diperkenalkan semenjak dari D4.7 yang memberi pengguna untuk menghasilkan ruang medan (field) secara buatan sendiri tanpa perlu menulis sebarang kod aturcara (walaupun anda langsung tidak mengetahuinya).

Apabila anda ingin menyunting mana-mana jenis kandungan yang telah dihasilkan oleh Drupal, terdapat lima tab fungsi akan dipaparkan yang setiap satu mempunyai kepentingan tersendiri.

Structure-9072

Tab fungsi ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  • suntingan untuk jenis kandungan
  • suntingan pengurusan dan pemaparan medan CCK untuk node
  • suntingan pentadbiran CCK untuk komen

Dalam D6, pemasangan modul CCK hanya terhad kepada node sahaja. Anda perlu memasang satu lagi modul tambahan untuk mengembangkan fungsi CCK kepada komen. Dalam D7, fungsi ini telah dirangkaikan bersama antara jenis kandungan dan komen. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna agar tidak keliru dengan fungsi terbaru ini.

Tutorial lanjut akan menjelaskan tentang cara-cara untuk menggunakan fungsi ini dengan lebih terperinci.

Menus (menu)

Menu merupakan pakej navigasi pautan yang akan memudahkan pengguna untuk melayari dan mengekplotasi laman anda sepenuhnya. Seperti dalam D6, menu dalam D7 masih sama iaitu ianya mempunyai kaitan rapat dengan blok. Penghasilan satu pakej menu yang baru akan menghasilkan satu blok baru untuk diletakkan di region templat.

Structure-9073

Pentadbiran menu akan memberikan dua tab fungsi iaitu senarai menu-menu dan suntingan menu. Dalam Drupal terdapat dua fungsi menu yang menjadi tunjang belakang navigasi laman iaitu:

  • Main links
  • Secondary links

Kebanyakan templat-templat yang dibina menggunakan fungsi kedua-dua ini bagi memudahkan pengguna baru. Menu tambahan selain daripada dua ini perlu dilakukan dan ditetapkan sendiri.

Selain itu, setiap pakej menu yang dihasilkan mempunyai tiga operasi utama iaitu penyenaraian, suntingan dan padam. Tutorial mendatang akan menerangkan cara-cara mengendalikan menu ini sepenuhnya.

Taxonomy (taksonomi)

Ruangan ini sangat penting kerana ia merupakan tunjang belakang pengurusan kandungan laman anda. Taksonomi berperanan untuk mengklasifikasikan kandungan, mewujudkan kumpulan kandungan malah boleh berfungsi sebagai kunci kepada pembahagian akses kebenaran untuk setiap kandungan.

Structure-9074

Setiap satu taksonomi dimulakan dengan penghasilan satu Vocabulary (kamus) yang seterusnya akan memuatkan berpuluh-puluh atau beratus-ratus Term (terma) yang akan dihasilkan oleh pentadbir. Untuk menghasilkan pengelasan yang lebih terperinci, anda mungkin boleh menghasilkan lebih banyak Vocabulary. Penggunaan terma-terma agak sukar memandangkan setiap satu terma akan berkongsi Vocabulary yang sama jika ditempatkan ditempat yang sama.

Proses penggunaan taksonomi ini, yang sememangnya perlu anda ketahui terlebih dahulu sebelum kandungan dihasilkan akan diterangkan dengan jelas nanti.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)