Reports-9083

Apabila kita mengendalikan satu-satu sistem, seharusnya kita memerlukan satu laporan yang boleh memberitahu sebarang status berkaitan dengan laman Drupal. Di bahagian ini, segala laporan yang penting akan dapat diperolehi.

Status report

Anda perlu senantiasa memeriksa bahagian ini kerana ia menerangkan status dan keadaan laman secara terperinci. Antara yang penting adalah struktur pangkalan data, status perjalanan cron dan tahap selamat fail-fail penting dalam Drupal. Lawati ruangan ini apabila anda melakukan proses kemas kini atau naik taraf Drupal/modul tambahan. Kerana berkemungkinan versi naik taraf tersebut memerlukan proses kemas kini dari segi struktur pangkalan data.

Available updates

Bahagian ini bertugas untuk memeriksa secara berpusat ke semua versi modul tambahan dan templat yang digunakan. Sekiranya terdapat perbezaan versi (versi yang digunakan lebih rendah berbanding terbaru), proses kemas kini boleh dijalankan terus hanya dengan satu butang kemas kini sahaja.

Recent log messages

Bahagian ini sebenarnya lebih kepada pengguna yang mempunyai kemahiran teknikal. Tetapi bagi pengguna baru, tidak salah untuk memeriksa bahagian ini. Ia menempatkan semua laporan dan log setiap aktiviti yang berlaku di laman Drupal. Sebarang ralat atau masalah akan dipaparkan di sini. Anda boleh menyalin ralat yang ditunjukkan dan dapatkan bantuan di KS atau Drupal.org.

Field list

Disebabkan CCK telah sepenuhnya dimuatkan ke dalam Drupal core, maka ianya mungkin akan digunakan secara meluas untuk pelbagai jenis kandungan dan komen. Ruangan ini akan menyenaraikan setiap satu medan buatan sendiri yang digunakan dan bertanggung jawab kepada jenis kandungan mana.

Top 'access denied' errors

Menyenaraikan ralat yang terjadi hasil daripada pengguna yang cuba memasuki ruangan-ruangan yang tidak sebabnya menjadi milik mereka.

Top 'page not found' errors

Keadaan sama seperti di atas, membezakannya ia menyenaraikan halaman dan URL merujuk ke hadapan yang tidak ditemui.

Top search phrases

Ruangan ini hanya memberitahu memberitahu frasa-frasa pengguna yang digunakan untuk mencari kandungan.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)