Dalam versi D6, bahagian ini lebih dikenali dengan panggilan Users. D7 merasakan terma atau frasa Users tidak sesuai dan mungkin disalah faham oleh sesetengah pengguna. Oleh itu, pihak komuniti telah bersepakat untuk menggantikannya dengan terma People yang lebih umum dan merujuk kepada golongan pengguna (termasuk golongan pentadbir).

People-9079

Paparan bahagian ini tidak jauh bezanya dengan D6, masih mengekalkan ciri-ciri yang hampir sama seperti satu pautan untuk menambah pengguna baru dan medan tapisan untuk membolehkan perincian carian dijalankan. Kemudian diikuti dengan senarai pengguna-pengguna yang didaftarkan dalam sistem.

Tambahan dilakukan untuk tab fungsi yang mana wujudnya satu menu tambahan iaitu "Permission" serta satu operasi pukal bagi tujuan melaksanakan arahan untuk senarai pengguna terpilih secara berkelompok.

Paparan tetapan "Permission"

Tahukah anda Drupal begitu hebat dalam melaksanakan kebenaran secara berperingkat? Banyak pembangun laman web memilih malah bertukar kepada Drupal disebabkan kekuatannya untuk mengendalikan kebenaran secara berperingkat dengan terlalu terperinci. Setiap fungsi yang diperkenalkan dalam Drupal boleh dikawal secara berasingan dan bukan secara keseluruhan.

Malahan, setiap modul tambahan yang dipasang boleh berinteraksi dengan sempurna dengan Drupal bagi menyediakan kawalan tambahan untuk setiap satu fungsi modul itu sendiri. Tambahan, setiap satu kebenaran yang didaftarkan akan diperiksa terlebih dahulu dan peratusan untuk kebenaran ditindih tulis oleh kebenaran yang lain jarang berlaku. Dalam erti kata lain, sekiranya anda mahu pengguna yang didaftarkan sebagai "Penulis", akan kekal menguasai kebenarannya sebagai Penulis tanpa mengusik penguasaan pengguna yang didaftarkan sebagai "Editor". Sebaliknya jika anda mahukan ia berlaku sedemikian.

Dan kebenaran ini juga sangat-sangat jitu kerana jika kita lihat kepada konsep binaan dan struktur penghasilan laman Drupal, kebenaran diletakkan dibahagian paling akhir sebelum ianya dilepaskan ke ruangan penghasilan templat. Teknik dan konsep Drupal yang dilihat seperti turas corong menjadikannya satu sistem yang sangat hebat.

People-9078

Dalam ruangan tab fungsi Permissions, terdapat dua fungsi utama yang dirangkaikan bersama (dalam D6, ianya diasingkan) iaitu:

  • Permissions
  • Roles

Roles bertindak sebagai satu fungsi peranan yang mempunyai pakej-pakej kebenaran tertentu yang akan ditentusahkan menerusi Permissions. Roles membolehkan anda untuk mengklasifikasikan setiap pengguna yang berdaftar mempunyai peranan dan tanggung jawab tertentu terhadap laman tersebut.

Selain daripada itu, bahagian ini tiada lagi fungsi yang perlu dilihat. Cara-cara mengendalikan ruangan ini akan diterangkan dengan lanjut dalam tutorial lain.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)