Ruangan ini adalah yang dinanti-nantikan oleh semua pengguna tidak mengira yang baru atau pengguna Drupal sebelum ini. Satu sistem pengurusan kandungan tidak akan lengkap tanpa kehadiran modul tambahan. Namun, penggunaan modul tambahan sering dikaitkan dengan penggodaman laman web.



Dalam Drupal, perkara tersebut mempunyai peratusan yang paling rendah dalam berbanding sistem yang lain. Kenapa? Kerana kehebatan komuniti yang membangunkan Drupal dan Drupal itu sendiri. Apabila satu-satu modul tambahan dikeluarkan pada versi stabil, ia akan dipantau sepenuhnya oleh Drupal Security Team. Selain itu, komuniti Drupal amat-amat menekankan piawai penulisan kod dan sekiranya berlaku percanggahan dalam keseluruhan struktur modul, sistem validasi yang diwujudkan di Drupal.org akan memaklumkan. Dalam erti kata lain, penghasilan satu-satu modul bukan sahaja menitikberatkan soal keselamatan sebaliknya pemeriksaan dan pemonitoran secara menyeluruh dilakukan.



Modules-9080



Perkara yang lebih mengejutkan adalah modul Drupal semuanya dikeluarkan dari Drupal.org dengan hak cipta GNU (Open Source) dan semuanya adalah percuma. Sangat-sangat jarang dan sukar untuk menemui modul tambahan berbayar. Ini disebabkan kepercayaan terhadap komuniti Drupal melebihi dari fungsi yang perlu dibayar. Integrasi antara modul tambahan dan Drupal digambarkan seperti di bawah. Disebabkan sifat fleksibelnya, Drupal mampu untuk menerima dan bergabung dengan modul tambahan sepenuhnya.



Paparan modul tambahan



Modules-9081



Dalam D7, sememangnya paparan ini tidak banyak beza berbanding D6. Yang lebih menariknya dalam D7 adalah setiap modul tambahan dirangkaikan bersama pautan bantuan untuk setiap satu (sekiranya ada). Pautan tersebut sama ada:



  • Help -- bantuan dokumentasi tentang cara-cara menggunakan modul tersebut

  • Permissions -- senarai kebenaran sekiranya modul tersebut menyediakan fungsi untuk penetapan kebenaran

  • Configure -- konfigurasi modul tersebut


Selain itu, terdapat satu pautan penting, iaitu Install new module yang membolehkan pemasangan modul dilakukan secara jarak jauh (remote) terus dari pelayan Drupal.org. Bagi golongan pengguna yang bukan teknikal, pemasangan modul bukan lagi satu masalah. Proses ini akan diterangkan dengan lanjut.



Di samping itu, kemas kini modul kini menjadi lebih mudah dan senang dicapai kerana fungsi ini telah dirangkaikan bersama di ruangan modul. Berbanding D6, pengguna perlu melalui lebih kurang tiga langkah tambahan untuk mencapai fungsi yang sama.

Penilaian: 
No votes yet

Komen

MiraKimura's picture

Assalamualaikum.

Cuma nak beritahu. Saya paling suka perubahan yang ini! Dah tak perlu akses server, download dan extract sendiri! Hebat!

parasolx's picture
Admin

Salam,

Memang betul. dalam D7 nih dah tak perlu untuk kita access server untuk pasang modul. Boleh terus buat daripada laman web. UX ini diambil dan dicetak rompak daripada wordpress. hehe

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training