Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Drupal (selalunya melibatkan Pelayan Web) adalah proses cron tidak dapat dijalankan sepenuhnya; sama ada tidak berjaya atau tergantung dipertengahan.

Status gagal yang dipaparkan adalah seperti "Cron failed" di bahagian Administrator > Report > Status. Dan jika dilihat kepada log ralat, mesej yang dipaparkan adalah seperti "Attempting to re-run cron while it is already running".

Cron Drupal diperlukan untuk memastikan perkara-perkara yang dijadualkan dijalankan secara automatik oleh sistem tanpa sebarang arahan tambahan manual daripada pengguna.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Hakikatnya, perkara ini berlaku kerana berlaku sedikit kekeliruan dalam pangkalan data (selalunya berkaitan dengan jadual pada pangkalan data) dengan proses cron sebelum ini. Akibatnya Drupal tidak boleh menjalankan proses cron yang baru.

Gangguan terhadap proses cron ini mungkin disebabkan oleh kekuatan atau kemampuan pelayan yang rendah menyebabkan proses yang dijalankan tidak dapat dihabiskan. Antara faktornya adalah kerana proses yang diambil terlalu lama sehingga melebihi tempoh yang dibenarkan oleh pelayan.

Jalan penyelesaian

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan sekiranya proses cron ini masih gagal dijalankan:

  1. Dengan menggunakan perisian GUI pengurusan pangkalan data seperti PHPMyAdmin, padamkan baris tersebut dalam jadual "variables".
    • cron_last
    • cron_semaphore
  2. Atau, sekiranya kita memasang modul Administration Menu, jalankan "Flush all caches" pada pautan menu tersebut. Proses ini juga akan memadamkan
  3. Atau, pasangkan modul Semiclean yang menjalankan tugas yang sama pada langkah (1).

Pastikan anda melakukan salinan sandaran (backup) sebelum memadam sebarang data daripada pangkalan data.

Seterusnya cuba jalankan cron secara manual. Sekiranya masalah yang sama masih kekal, ianya proses cron tergantung, kita perlu melakukan semakan terhadap modul-modul yang pasang. Sesetengah modul menggunakan tempoh masa yang terlalu lama untuk menjalankan cron.

Dengan menyahaktif modul tersebut membenarkan cron berfungsi dengan sempurna tanpa memerlukan naik taraf pada jenis pelayan.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)