Dashboard-9063

Pertama, kita akan melihat ruangan Dashboard. Dari maksud perkataan itu sendiri, ruangan ini memberi gambaran secara keseluruhan aktiviti yang berlaku di laman web anda. Ia merupakan pemonitoran berpusat yang boleh diubah suai mengikut selera dan keperluan pengendali sendiri.

Kelebihannya yang fleksibel di mana pengendali sendiri dapat mengatur dan menentukan elemen-elemen yang mahu dipaparkan di bahagian ini. Sebagai contohnya komen terbaru, kandungan terbaru, isu di forum terbaru dan sebagainya. Tambahan pengguna sendiri boleh menentukan susunan elemen-elemen tersebut.

Menambah elemen dalam Dashboard

Setiap elemen dirangkumkan masing-masing dalam blok. Ini bagi membolehkan setiap elemen disusun alih dengan lebih mudah menggunakan fungsi Jquery (JQuery: Teknologi dan Penggunaannya). Untuk menambah elemen-elemen tersebut, klik "Customize dashboard".

Dashboard-9064

Kemudian, anda perlu klik and seret pada blok tertentu ke ruangan sama ada sebelah kiri atau sebelah kanan. Selepas itu lepaskan. Elemen tersebut akan dibuka dan kandungan sepenuhnya dipaparkan. Klik dan heret elemen-elemen di setiap ruangan untuk mengubah kedudukan dan susunan.

Klik "Done" apabila susunan dan struktur yang diingini telah dipenuhi. Elemen-elemen ini bergantung kepada tetapan blok (yang akan kita tinjau nanti).

Membuang elemen sedia ada

Dashboard-9065

Sangat mudah, kembali klik pada pautan "Customize dashboard". Kemudian hanya klik dan seret elemen blok tertentu ke ruangan asal. Setelah selesai, klik "Done".

Penilaian: 
Average: 1 (1 vote)

Komen

ma

tampak gah dashbord d7

parasolx's picture
Admin

betul.. dengan dashboard ni semua maklumat dan informasi yang penting boleh diletakkan dalam satu page sahaja. jika sebelum ini, kita perlu melalui beberapa ruangan untuk mencapai fungsi yang sama seperti dashboard.
tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan bilangan klik dan "travel" setiap halaman.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

ar

Nampak macam drupal 7 gempak sikit dari 6, interface pun cantik..

parasolx's picture
Admin

sememangnya lebih gempak la. sebab diorg buat ujian kepenggunaan dan mesra pengguna lebih kurang satu tahun untuk keluar daripada kepompong lama. hehe.

ditambah dengan tahap fleksibel yang lebih bertambah, sememangnya D7 lebih mudah untuk digunakan berbanding D6. tapi in-term of framework, D6 lebih mudah untuk diextend berbanding D7. banyak requirement yang belum ready lg

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training