Seterusnya kita beralih ke menu pentadbir yang kedua iaitu Content. Fungsi utama menu dan ruangan ini adalah untuk memaparkan, mengendalikan dan melakukan operasi pukal terhadap kandungan dan komen. Jika dalam D6 sebelum ini, bahagian kandungan dan komen diasingkan. Berbeza dalam D7, ianya digabungkan bersama.

Dalam ruangan ini terdapat dua tab menu yang berfungsi mengasingkan kandungan dan komen pada bahagian atas. Kita lihat untuk tab fungsi "Content" terlebih dahulu.

Tab fungsi "Content"

Content-9066

Bahagian ini akan menyenaraikan kandungan-kandungan yang telah dikirim ke dalam pangkalan data. Untuk laman yang baru dibina, tiada sebarang kandungan akan ditunjukan. Sebaliknya sekiranya ianya dinaik taraf dari mana-mana versi Drupal sebelum ini, anda akan dapat melihat ke semua kandungan di sini.

Perhatikan kembali gambar rajah di atas, terdapat dua ruangan medan yang memberi fungsi iaitu:

  • Show only items here -- berfungsi untuk menapis dan memaparkan kandungan berdasarkan kriteria yang dipilih
  • Update options -- berfungsi untuk melakukan operasi pukal seperti yang tersenarai (berlaku penambahan pilihan sekiranya modul tambahan dipasang) untuk kandungan yang ditanda (mark)

Setiap kandungan yang disenarai boleh dilakukan operasi tertentu iaitu suntingan (edit) atau dipadamkan (delete). Operasi pukal kebiasaanya dilakukan untuk melakukan satu-satu arahan yang melibatkan lebih dari satu kandungan serentak. Tapi berhati-hati, sekiranya anda tersalah, hal tersebut tidak dapat diulang semula (undo).

Tab fungsi "Comment"

Content-9067

Berbeza sedikit ruangan untuk bahagian komen ini, terdapat satu lagi fungsi tab tambahan iaitu:

  • Published comment -- menyenaraikan komen-komen yang telah diluluskan dan dipaparkan
  • Unapproved comments -- komen-komen yang masih menunggu pengesahan daripada pihak pengendali

Pengurusan komen dilengkapi dengan fungsi pukal yang membolehkan kita melakukan arahan tertentu untuk kandungan secara berbilang.

Penilaian: 
No votes yet