Configuration-9082

Ruangan ini merupakan paling kritikal kerana ke semua tetapan dan pengendalian laman Drupal terletak di sini. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, setiap konfigurasi yang datang dari Drupal dan modul tambahan diklasifikasikan berdasarkan kepada fungsi utama. Sebagai contoh, kumpulan People menyenaraikan tetapan berkaitan dengan pengguna seperti Account setting (tetapan akaun) dan IP address blocking (halangan pengguna berdasarkan alamat IP).

Setiap konfigurasi didatangkan bersama penerangan ringkas mengenai setiap satu pautan. Ini bagi memberi gambaran awal kepada pengguna baru fungsi-fungsi yang akan diberikan. Bagi pengguna yang sudah lama dan sudah biasa dengan sistem Drupal, paparan yang lebih ringkas boleh dilakukan dengan klik pada pautan "Hide descriptions". Ia seterusnya hanya memaparkan senarai pautan konfigurasi sahaja.

Bagi ruangan ini, saya akan terangkan secara terperinci setiap konfigurasi yang sediakan secara asas oleh Drupal.

Penilaian: 
4
Average: 4 (1 vote)