Tidak sah satu-satu sistem pengurusan kandungan sekiranya tiada fungsi untuk menukar, mengendali dan mengawal paparan laman tersebut. Begitu juga dengan Drupal. Pada bahagian menu pentadbiran Appearance membolehkan anda mengawal bentuk dan templat paparan.

Dari versi D5, templat original atau asal didatangkan dalam pakej pemasangan adalah Garland. Dan ianya tetap digunakan dalam D6 hanya dipertingkatkan beberapa API templat sahaja. Versi D7 akhirnya berlaku sedikit perubahan di mana templat baru yang dinamakan Bartik telah diperkenalkan. Templat ini nampaknya telah moden dan memenuhi ciri-ciri terbaru dalam D7 iaitu mempunyai kelengkapan RDFa.

Berbeza dengan D6 yang dipiawaikan kepada XHTML 1.0 Strict, Bartik kali ini lebih menonjol dengan pempiawaian kepada XHTML + RDFa. Apa kelebihannya? Templat Bartik mengimplimentasikan teknologi terbaru dalam dunia laman web iaitu web semantik -- satu fungsi yang membolehkan data-data yang lebih terperinci dipaparkan pada Agen Carian. Web semantik adalah satu teknik terbaru dalam SEO yang sememangnya dipelopori oleh Drupal setakat ini.

Appearance-9075

Dalam ruangan ini, terdapat tiga tab fungsi yang utama iaitu:

  • List -- memaparkan senarai templat yang diaktifkan dan pilihan templat lain (tidak diaktifkan)
  • Update -- memeriksa templat yang aktif sama ada perlu pengemaskinian versi atau tidak (tidak melibatkan templat yang dihasilkan sendiri, "custom make")
  • Settings -- tetapan global untuk setiap templat. Setiap templat kemungkinan mempunyai tetapan tersendiri yang akan diterangkan nanti.

Terdapat satu pautan yang disediakan iaitu "Install new theme". D7 menawarkan proses secara automatik berbanding D6 yang mana pemasangan templat baru tidak perlu lagi melalui perisian FTP atau akses panel kawalan pengehosan web. Pemasangan boleh dilakukan dengan menyediakan pautan yang boleh diambil dari laman web Drupal.org atau mana-mana laman yang menyediakan perkhidmatan muat turun templat.

Konfigurasi untuk setiap templat

Appearance-9076

Seperti yang dipaparkan dalam rajah di atas, setiap konfigurasi templat boleh dilakukan sama ada secara global atau untuk setiap templat yang diaktifkan. Kadang kala, templat (yang dimuat turun dari Drupal.org) mempunyai konfigurasi tambahan yang dicipta khas untuknya. Anda boleh memeriksanya sendiri menerusi tab fungsi tambahan yang muncul pada bahagian "Settings".

Perlu diingatkan, tetapan yang dilakukan untuk templat tertentu akan menindih tulis tetapan yang dilakukan menerusi Global settings. Ruangan pentadbiran ini tidak terlalu kritikal memandangkan tiada tetapan yang terlalu spesifik dimuatkan. Hal-hal berkaitan dengan templat ini akan dibincangkan dengan lanjut untuk peringkat yang lebih tinggi.

Penilaian: 
No votes yet