Bahagian "User interface" menempatkan konfigurasi yang berkaitan dengan paparan berfungsi yang akan digunakan oleh pengguna atau pihak pentadbir. Bahagian ini mungkin akan menempatkan banyak konfigurasi bergantung kepada jenis dan bilangan modul yang dipasang. Secara lalainya, hanya satu konfigurasi yang wujud iaitu "Shortcuts"

Shortcuts

Merupakan modul terbaru yang terbina siap dalam Drupal 7. Ia membolehkan pengguna menambah dan menentukan pautan pantas untuk setiap paparan dalam Drupal tanpa perlu melalui hierarki menu.

Configuration: User interface-9201

Perhatikan pada bahagian "toolbars", terdapat dua lapisan menu (berlatar belakang hitam dan kelabu). Shorcut mengambil tempat pada bahagian latar kelabu. Anda boleh menambah seberapa banyak profil untuk "shortcut". Keadaan ini wujud sekiranya ingin mewujudkan klasifikasi untuk setiap pautan pantas.

Mengawal paparan Shortcut

Anda boleh mengawal paparan Shortcut ini sama ada perlu muncul atau disembunyikan. Klik pada bahagian kawalan anak panah dan ianya akan disembunyikan. Ini untuk memberi ruang paparan yang lebih besar dan jelas bagi resolusi skrin monitor yang kecil. Untuk memaparkannya kembali, klik semula pada butang tersebut.

Configuration: User interface-9202

Menambah Shortcut

Setiap paparan pentadbiran, akan muncul satu pautan untuk memasukkan pautan pantas pada bahagian Shortcut. Katakan saya sedang melihat paparan Content Comments Unapproved comments. Untuk mengakses bahagian ini saya perlu klik pada Content, kemudian tab Comments seterusnya sub-tab Unapproved comments.

Dengan klik pada tanda "+" dibahagian tajuk paparan, saya telah menambah satu pautan terbaru di bahagian Shortcut.

Configuration: User interface-9203

Satu pautan baru akan muncul dan tanda "+" telah bertukar kepada "-". Sekiranya saya ingin membuang pautan tersebut, hanya klik kembali kepada butang "-". Dengan cara ini, apabila saya berada di mana-mana halaman, dan untuk akses terus ke bahagian pengesahan komen-komen, saya hanya perlu klik pada puatan di bahagian Shortcut.

Configuration: User interface-9204

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)