Bahagian ini menempatkan konfigurasi tetapan untuk sistem laman web (Drupal 7). Konfigurasi yang dimuatkan berkaitan dengan informasi, tindakan dan aktiviti berjadual iaitu:

  • Site information
  • Actions
  • Cron

Site information

Bahagian ini membolehkan kita mengemas kini nama laman, alamat emel laman, slogan, paparan laman utama, bilangan kandungan laman utama dan pengendalian ralat.

Configuration: System-9196

  • Site name: ruangan medan untuk mengemas kini nama laman anda
  • Slogan: medan ini adalah untuk menetapkan misi atau slogan tujuan laman anda diwujudkan
  • E-mail address: emel ini akan digunakan untuk modul "Contact" yang mana pengguna dapat menghantar sebarang emel dan ianya akan ditujukan kepada emel ini. Kebiasaannya alamat emel diri atau pihak pentadbir digunakan.

Ketiga-tiga medan konfigurasi di atas perlu diselarikan dengan tetapan pada bahagian templat, Appearance Settings. Sekiranya pada bahagian ini ketiga-tiga pilihan di atas dimansuhkan, maka ianya tidak akan dipaparkan.

Configuration: System-9197

Bahagian ini mengawal sepenuhnya paparan laman utama. Anda boleh tetapkan bilangan kandungan yang akan dipaparkan sebelum ianya dimuatkan pada laman seterusnya.

Untuk "Default front page" adalah URL atau kandungan yang akan digunakan sebagaikan kandungan laman utama. Jika anda memasukkan alamat node/1 pada medan tersebut, kandungan node 1 akan dijadikan laman utama.

Configuration: System-9198

Sama seperti laman utama, bahagian ini mengendalikan paparan untuk ralat 403 (ralat kebenaran) dan 404 (ralat tidak ditemui). Jika medan ini dibiarkan kosong, Drupal akan menghasilkan paparan ralat lalai. Anda boleh menggunakan kandungan tertentu seperti node/5 untuk memaparkan ralat secara "custom".

Actions

"Actions" atau "tindakan" merupakan satu aktiviti yang akan dilakukan oleh Drupal berdasarkan kepada satu-satu keadaan pencetus (Trigger). Secara persendirian, Actions tidak dapat berfungsi dengan sendirinya. Ianya memerlukan bantuan daripada modul atau fungsi lain yang akan menjalankan tindakan tersebut.

Configuration: System-9199

Sebagai contohnya, satu cetusan dari modul Rules yang menyatakan: Apabila satu komen dihantar atau disahkan, hantarkan emel kepada pihak pentadbir. Tindakan untuk menghantar emel ini dilakukan oleh bahagian Actions.

Tatacara untuk menggunakan fungsi ini akan diterangkan dengan lanjut dapat tutorial yang lain.

Cron

Drupal dibangunkan dengan beberapa fungsi "backend" yang perlu dijalankan secara berjadual bagi membolehkan laman dikekalkan prestasi atau perkhidmatannya pada tahap tertentu. Cron adalah satu proses untuk menjalankan semua tugasan-tugasan seperti memeriksa versi modul dan pengindeksan kandungan perlu dijalankan.

Configuration: System-9200

Anda boleh tentukan selang masa untuk cron ini dijalankan berdasarkan kepada situasi laman. Terlalu kerap cron dijalankan akan menyebabkan pelayan dibebankan dengan tugasan Drupal. Terlalu lama menyebabkan proses pemeriksaan status laman lambat diketahui.

Nilai optimum yang selalu ditetapkan adalah antara 3 hingga 6 jam.

Penilaian: 
No votes yet