Sekarang kita beralih ke ruangan pentadbiran yang mengawal kebolehan dan keupayaan laman Drupal untuk menjadi lebih mesra kepada Agen carian dan indeks carian keseluruhan laman. Drupal sememangnya dikenali kerana keupayaannya untuk meningkatkan SEO lamannya diluar batasan yang sepatutnya boleh dilakukannya.

Sebagai permulaan, kita akan meneliti terlebih dahulu fungsi untuk melakukan pengindeksan setiap kiriman yang dihantar agar boleh dicari oleh pelawat menersui fungsi carian.

Konfigurasi "Search settings"

Configuration: Search and Metadata-9144

Pada bahagian paling atas memaparkan status dan peratusan laman yang telah diindeks. Jika dilihat sekarang, status 0% dipaparkan memandangkan tiada sebarang kiriman atau maklumat dimuatkan dalam laman Drupal. Sebaliknya, apabila terdapat kiriman terbaru dimuatkan, Drupal akan mula mengindeks pada waktu cron dijalankan.

Fungsi Re-index site hanya berguna sekiranya anda melakukan perpindahan pengehosan web. Data-data yang telah diindeks tidak akan dikemas kini sebaliknya hanya ditambah dari satu masa ke satu masa. Jika anda melakukan pemadaman kiriman secara besar-besaran, fungsi ini perlu dijalankan juga agar pautan yang rosak tidak akan dipaparkan semasa proses carian dilakukan pengguna.

Proses pengindeksan ini telah ditetapkan untuk dijalankan waktu cron bagi mengurangkan beban yang terpaksa dijalankan oleh pelayan. Pada bahagian Indexing throttle, ia menetapkan jumlah kiriman yang akan diindeks pada setiap kali cron dijalankan. Dalam contoh, menunjukkan 100 kiriman akan diproses pada setiap masa cron. Nilai ini boleh dikurangkan sekiranya pelayan mengalami beban lebih.

Configuration: Search and Metadata-9145

Bahagian Indexing settings tidak memainkan peranan yang terlalu penting. Bahagian ini hanya memberikan fungsi untuk kita lakukan penetapan aksara minimum yang diperlukan sebelum setiap arahan carian dijalankan. Sekiranya laman anda menggunakan bahasa interaksi ketiga seperti bahasa Cina, pastikan fungsi Simple CJK handling diaktifkan.

Configuration: Search and Metadata-9146

Drupal berupaya untuk mengindeks setiap kiriman dan juga profil pengguna yang didaftarkan dalam sistem. Sesetengah laman seperti blog persendirian yang dikawal oleh seorang sahaja tidak memerlukan "user" untuk diindeks. Anda boleh matikan pilihan ini. Sekiranya kedua-dua pilihan ini diaktifkan, anda perlu tentukan jenis carian yang perlu menjadi tetapan lalai.

Bahagian terakhir adalah Content raking. Seperti Agen carian seperti Google, setiap senarai carian akan dipaparkan bergantung kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan. Faktor yang paling atas akan dipilih dan disusun pada senarai hasil carian berbanding faktor-faktor dibawahnya. Dalam contoh menunjukkan kiriman yang mempunyai jumlah komen paling banyak akan berada ditangga yang pertama berbanding kiriman-kiriman yang lain.

Setelah selesai, klik butang "Save configuration".

Konfigurasi "URL aliases"

Semasa pemasangan asas, sekiranya kita telah menghantar satu kiriman alamat URL yang terhasil adalah seperti berikut: http://[drupal]/node/1. Ini merupakan bentuk atau paten piawai yang dibina oleh sistem. Sistem atau mesin dapat memahami dan memaparkan maklumat yang diperlukan walaupun diperkenalkan dengan ID nombor sahaja.

Sebaliknya, bagi seorang manusia URL tersebut tidak membawa sebarang makna. Apakah yang dimaksudkan dengan "node/1". Kenapa perlu nombor 1? Apakah gambaran ke seluruhan laman yang akan saya lawati? Persoalan inilah yang menuntukan Drupal mengambil berat mengenai SEO. Jadi kita perlu lakukan penterjemahan kepada URL tersebut agar senang dikenali oleh manusia ataupun komputer.

Configuration: Search and Metadata-9147

Paparan pertama akan menyenaraikan ke semua URL yang telah ditulis semula agar lebih mesra pengguna dan Agen carian akan ditunjukkan di sini. Buat masa sekarang tiada sebarang kiriman dimuatkan. Untuk menambah alias URL yang baru, anda boleh klik pada pautan Add alias.

Configuration: Search and Metadata-9148

Terdapat dua medan yang memerlukan pengisian, iaitu:

  • Existing system path -- anda perlu masukkan URL yang sememang wujud dalam sistem Drupal. Jika URL tersebut tidak wujud atau belum diwujudkan, penambahan alias URL tidak akan dapat disempurnakan.
  • Path alias -- ini merupakan nama URL yang akan menggantikan laluan yang sedia ada. Dalam kes ini, sekiranya seorang pelawat mengakses pautan http://[drupal7]/node*] atau [*http://[drupal7]/laman-utama, kedua-duanya akan memaparkan halaman yang sama. Namun satu laluan difahami oleh manusia manakala satu lagi khas untuk mesin.

Setelah selesai, klik butang Save. Anda akan dapat melihat satu alias URl telah didaftarkan dalam sistem. Anda boleh mencuba dengan membuang alias ini, kemudian akses terus dari medan URL pelayar. Pastinya ralat halaman tidak ditemui akan ditunjukkan. Sebaliknya, jika akan wujudkan URL ini semula, anda akan dibawa ke halaman utama.

Penetapan alias URL ini juga boleh dilakukan semasa proses penghantaran atau kemasukkan kiriman yang baru. Atau juga boleh dilakukan ketika proses suntingan pada kiriman yang sedia ada.

Konfigurasi "Clean URLs"

Ini adalah fungsi terakhir yang dimuatkan dalam pemasangan Drupal 7. Seperti lain-lain sistem, persembahan atau bentuk URL yang dihasilkan mungkin tidak mesra pengguna, sukar untuk difahami oleh manusia dan mengandungi abjad-abjad atau pemboleh ubah tertentul.

Dalam Drupal, setiap halaman atau navigasi akan ditentukan berdasar kepada laluan atau "path" yang digunakan. Tanpa fungsi Clean URLs, anda akan melihat URL http://[drupal7]/node/1*] menjadi http://[drupal7]/?q=node/1*]. Kehadiran aksara [*/?q langsung tidak memberi makna kepada pengguna.

Dengan Clean URLs diaktifkan, aksara tersebut akan dibuang dan diganti serta ditulis semula akan satu URL yang bermakna dapat dihasilkan. Namun anda perlu pastikan yang pengehosan web yang digunakan sekarang menyokong modul tambahan PHP iaitu mod_rewrite.

untuk pengaktifan modul ini sekiranya tidak ada, anda perlu merujuk kepada syarikat pengehosan web anda.
Penilaian: 
No votes yet