Medium pertuturan atau bahasa mungkin boleh menjadi elemen yang penting sekiranya anda membina laman yang menyediakan lebih dari satu bahasa pilihan. Tetapi pada pemasangan asas fungsi pemilihan bahasa belum diaktifkan. Ianya akan diterangkan dalam bahagian yang seterusnya apabila kita sudah memasuki tahap pengaktifan modul tambahan dalam "core".

Dalam kategori ini terdapat dua pilihan fungsi iaitu penetapan kedudukan laman dan format masa. Bahagian ini boleh dikatakan penting kerana pengunjung yang berada di tempat lain akan melihat paparan waktu yang sebenar terutamanya berlainan benua.

Konfigurasi "Regional settings"

Configuration: Regional and language-9150

Bagi konfigurasi Locale, terdapat dua konfigurasi iaitu pilihan negara. Fungsi ini seterusnya akan memberi kesan kepada jenis bahasa utama yang menjadi perantaraan dalam laman kita.

Manakala First day of week menentukan hari yang pertama dalam satu minggu bermula. Fungsi ini akan digunakan dalam modul kalendar (sekiranya anda memasangnya kelak). Perubahan hari yang dilakukan akan memberi kesan kepada bentuk dan susunan kalendar nanti.

Seterusnya adalah Time zones. Ini sangat penting. Anda perlu mengetahui jenis GMT yang tertakluk kepada lokasi dan kedudukan pengehosan web anda. Bukan di mana anda berada. Ini kerana semua masa dan tempoh yang digunakan dalam Drupal bergantung kepada masa hos web itu sendiri. Dan bukan masa pada komputer anda. Kesilapan menggunakan GMT yang tidak tepat menyebabkan masa di laman mungkin lebih cepat atau lebih lambat dari masa sebenar.

Tetapan yang lain adalah terang. Sama ada anda membenarkan setiap ahli mengubah tempoh dan waktu berdasarkan kepada profil masaing-masing atau menggunakan tetapan dari laman secara terus. Setelah semuanya selesai, klik Save configuration.

Konfigurasi "Date time"

Configuration: Regional and language-9151

Drupal menyediakan kemudahan untuk kita menentukan jenis dan bentuk paparan tarikh dan masa. Ini membolehkan sesetengah bahagian atau tempat menggunakan paten pendek manakala bahagian yang lain menggunakan format yang panjang. Di samping menggunakan paten yang disediakan semasa pemasangan Drupal, kita boleh hasilkan sendiri format mengikut kesesuaian sendiri.

Pertama sekali, kita perlu hasilkan format terlebih dahulu. Klik pada tab Formats. Klik pada +Add format untuk menambah format terbaru tarikh dan masa.

Configuration: Regional and language-9163

Seterusnya kita perlu memasukkan format tarikh berlandaskan kepada manual PHP. Bagi anda yang baru dalam pengaturcaraan PHP, saya akan cuba terangkan serba sedikit bagaimana menggunakan manual ini. Pertama anda perlu melawat laman manual PHP untuk tarikh dan masa terlebih dahulu.

Perhatikan pada jadual yang disediakan dalam halaman tersebut.

Configuration: Regional and language-9164

Kita ambil contoh untuk petak merah terlebih dahulu. Sekiranya kita menulis "d" dalam medan yang disediakan, maka tarikh untuk hari akan diterjemahkan dalam bentuk dua digit (ditambah sifar sekiranya satu digit). Jika anda tidak gemar menggunakan format dua digit ini, gunakan huruf "j". Sekiranya kita mahu format tarikh menunjukkan singkatan hari, maka huruf "D" besar perlu digunakan.

Setiap huruf ini mewakili bentuk format akan akan diterjemahkan oleh PHP kepada hasil yang dinyatakan dalam jadual. Sekiranya anda perhatikan, setiap kod huruf ini dikategorikan mengikut kumpulan iaitu hari, minggu, bulan, tahun, masa dan zon masa. Kita perlu menggabungkan setiap kumpulan ini bagi mencapai bentuk dan format yang diperlukan.

Sebagai contoh, saya mahu hasilkan satu format tarikh seperti ini: 04, January 11.

Pertama, saya semak dalam senarai sebelum ini adakah sudah disediakan oleh Drupal. Didapati masih belum ada lagi kerana semuanya digabungkan dengan masa. Sedangkan yang saya mahu hanyalah tarikh sahaja. Jadi dibahagian medan Format string, saya masukkan seperti ini:

Configuration: Regional and language-9165

Bentuk dan hasil format akan dipaparkan pada sebelah medan tersebut sekiranya kod huruf yang dimasukkan adalah tepat. Jika berpuas hati dengan paten tersebut, klik butang Add format. Maka selesailah peringkat ini. Seterusnya kita perlu menetapkan format ini pada stail pilihan tarikh.

Klik pada tab "Types" semula, dan klik pada +Add date type. Pada ruangan medan Date type masukkan nama untuk stail tarikh ini. Sebagai contoh "Tarikh sahaja". Seterusnya pada bahagian Date format, pilih bentuk format yang telah dihasilkan sebelum ini. Selalunya ia berada di bahagian paling bawah.

Paparan yang anda akan dapat lihat adalah seperti berikut:

Configuration: Regional and language-9166

Selepas itu, klik butang Add date type. Anda dapat lihat berlaku penambahan format tarikh dan masa yang baru pada paparan selanjutnya.

Penilaian: 
Average: 4 (1 vote)