Dalam bahagian Configuration ini, kita akan cuba mengupas satu per satu konfigurasi yang disediakan dalam pemasangan asas Drupal ini mengikut kumpulan yang disediakan. Untuk makluman anda, kumpulan konfigurasi ini merupakan elemen baru dalam Drupal 7 kerana sebelum ini, dalam D6 klasifikasi tidak diwujudkan langsung sebaliknya ke semuanya dirangkumkan dalam satu paparan sahaja.

Untuk bahagian pertama, kita akan melihat kumpulan People. Jika sebelum ini terdapat menu paparan yang sama iaitu People. Menu utama People sebelum ini lebih fokus kepada penyenaraian pengguna dan penetapan peranan kumpulan pengguna. Manakala dalam bahagian ini, ianya menyediakan konfigurasi untuk mengendalikan:

  • penetapan akaun pengguna
  • halang dan bekukan pengguna berdasarkan kepada alamat IP

Account settings (penetapan akaun pengguna)

Dalam ruangan penetapan konfigurasi untuk akaun pengguna, ianya dibahagikan kepada lima ruangan utama iaitu:

  1. Anonymous users -- penetapan nama pelawat tidak berdaftar. Anda boleh boleh menetapkan sendiri panggilan nama tetamu di laman contohnya seperti "tetamu" atau "pelawat"
  2. Administrator role -- penetapan peranan atau kumpulan kebenaran untuk golongan pentadbir (sekiranya wujud lebih dari seorang pentadbir). Untuk pentadbir utama (User ID, 1) penukaran atau pemilihan senarai kebenaran yang lain tidak akan menjejaskan kekuatan pengguna utama
  3. Registration and cancellation -- bahagian ini mengawal tatacara untuk pendaftaran pengguna. Siapakah yang berhak untuk mendaftarkan pengguna baru. Anda juga boleh menetapkan proses makluman untuk melancarkan pemberitahuan pendaftaran akaun menerusi emel. Dan satu fungsi terbaru dalam D7 iaitu pemadaman akaun pengguna, apakah yang akan dilakukan oleh Drupal sekiranya satu-satu akaun itu dipadamkan sepenuhnya dari pangkalan data. Ini membolehkan kandungan-kandungan yang dipunyai oleh pengguna tersebut dikendalikan menerusi arahan-arahan yang ditetapkan. Pastikan anda memberi kebenaran untuk memadamkan akaun pengguna kepada pengendali yang betul-betul boleh dipercayai, jika tidak anda akan kehilangan pengguna secara diam-diam.
  4. Personalization -- bahagian ini lebih ke arah penetapan fungsi akaun pengguna secara global. Ia merangkumi penetapan penggunaan tandatangan dan avatar. D7 kini memuatkan modul ImageCache yang berupaya untuk mengendali dan memproses kembali media gambar yang digunakan sebagai avatar kepada siri pemprosesan imej yang ditetapkan dalam Image style.
  5. E-mails -- sekiranya anda mengaktifkan fungsi "Require e-mail verification when a visitor creates an account" dalam bahagian Registartion and cancellation anda pelu menjenguk sementara pada bahagian ini. Anda boleh karang dan tulis sendiri kandungan emel makluman yang bakal dihantar sewaktu pendaftaran pengguna baru atau lain-lain tugas yang disenaraikan.

Penghasilan medan profil pengguna secara sendiri

Dalam D6, fungsi untuk menghasilkan medan atau borang secara sendiri telah disediakan namun terhad kepada modul Profil semata-mata. Dalam D7, fungsi ini diambil alih oleh CCK dan akan wujudlah tab fungsi "Manage fields" dan "Manage display".

Configuration: People-9104

Menerusi pengaplikasikan CCK pada ruangan profil pengguna ini, anda dapat menghasilkan sendiri pelbagai jenis dan bentuk medan tambahan daripada medan yang sedia ada. Sebagai contohnya adalah "Nama penuh". Cara-cara untuk menggunakan medan buatan sendiri ini akan diterangkan dengan lanjut pada bahagian pengurusan kandungan. Teknik dan caranya adalah sama. Tutorial ini hanya menerangkan yang anda mampu untuk mengubah suai borang dan ruangan medan untuk profil pengguna.

Dalam contoh di atas, sekiranya saya klik butang "Save", satu penambahan medan baru akan diwujudkan. Dan kesannya akan dapat saya lihat menerusi borang suntingan akaun pengguna yang boleh diakses menerusi user/1/edit*] atau [*Hello admin Edit.

Configuration: People-9105

IP address blocking

Sekiranya anda dapat mengesan terdapatnya aktiviti melakukan Spam di laman, pengguna yang datang menerusi IP tersebut boleh dihalang menerusi penambahan alamat IP ke dalam senarai hitam Drupal. Apabila tindakan ini dilakukan, pengguna yang datang dari IP yang sama akan dihalang dari memaparkan sebarang halaman laman ini.

Configuration: People-9106

Anda perlu berhati-hati dengan fungsi ini memandangkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan internet akan diberikan alamat IP yang berbeza-beza setiap kali sambungan dilakukan. Seandainya pengguna yang dalam senarai putih secara tidak sengaja diberikan alamat IP yang anda senarai hitamkan, dia akan secara langsung dihalang tanpa sebarang notis.

Bagi tujuan untuk menjaga dan memastikan laman anda sentiasa bersih daripada aktiviti Spam yang dilakukan oleh robot-robot yang telah diprogramkan, banyak modul-modul tambahan yang disediakan di Drupal.org yang berfungsi untuk menjadi halangan kepada mereka ini menerusi validasi yang perlu dilengkapkan. Antara yang dicadangkan adalah:

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)