Media. Dari perkataan tersebut kita sudah dapat memahami konfigurasi yang mungkin dimuatkan pada kategori ini. Apabila berbicara mengenai elemen media, ianya tidak terhad kepada gambar sahaja tetapi melibatkan video, audio dan mungkin lain-lain bentuk yang akan datang.

Dalam versi dahulu, D6 memerlukan anda untuk memasang modul tambahan bagi mengawal elemen media ini. D7 didatangkan dengan fungsi ini pada pemasangan asas. Satu fungsi yang sangat berkuasa untuk meningkatkan kemampuan laman web dari segi penyediaan elemen media yang pantas untuk dimuat turun dan yang penting proses ini dilakukan secara automatik tanpa perlu melibatkan sebarang aturcara.

Dalam kategori media, terdapat tiga konfigurasi utama iaitu:

  • File system -- menentukan lokasi dan tempat penyimpanan fail-fail yang dimuat naik menerusi Drupal
  • Image styles -- konfigurasi elemen media terutamanya gambar dari segi saiz, bentuk dan paparan
  • Image toolkit -- pemilihan alatan untuk mengendali proses modifikasi fail-fail media (bergantung kepada jenis pemasangan pada pengehosan web anda)

File system

Configuration: Media-9133

Bahagian ini membolehkan kita mengawal bentuk dan kaedah muat turun sebarang fail-fail yang dilampirkan dalam setiap kiriman. Terdapat dua kaedah iaitu secara umum (public) dan secara peribadi (private). Perbezaan antara kedua-dua cara ini adalah kebenaran. Menerusi kaedah peribadi, kita dapat mengawal dan menjaga fail-fail yang dilampirkan untuk membenarkan golongan tertentu sahaja memuat turun.

Kaedah umum tidak melibatkan proses pemeriksaan kebenaran. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh memuat turun fail-fail tersebut. Gunakan kaedah peribadi sekiranya risau faktor kebocoran lebar jalur (bandwitdh) akan terjadi. Sebagai contoh, hanya golongan yang berdaftar dibenarkan memuat turun fail-fail lampiran.

Untuk mengaktifkan kaedah peribadi, anda hanya perlu masukkan lokasi fail-fail tersebut disimpan. Elakkan dari menggunakan lokasi yang sama untuk kedua-dua kaedah. Kerana sekiranya fail tersebut berbentuk peribadi, dan sistem telah disetkan sebaiknya, pelawat mampu mendapatkan fail tersebut.

Apabila butang "Save configuration" diklik, tambahan konfigurasi akan muncul seperti gambar di bawah. Anda boleh memilih dan menentukan kaedah yang mana akan menjadi piawai untuk proses muat turun.

Configuration: Media-9134

Image Style

Image style berfungsi untuk memanipulasikan elemen gambar asal ke dalam bentuk baru sama ada melalui proses ubah suai saiz, pemotongan dan pelbagai kesan khas warna. Setiap proses yang dilakukan akan disimpan dan dihasilkan fail yang baru tanpa menjejaskan fail asal yang dimuat naik.

Fungsi ini akan digunakan sepenuhnya untuk medan gambar yang dihasilkan pada jenis kandungan nanti. Dan fail yang dimuat naik ketika penghantaran kandungan baru akan diproses dan dipaparkan mengikut pilihan stail yang ditentukan.

Pada pemasangan asal, Drupal telah menyediakan 3 stail yang boleh digunakan dan dilakukan konfigurasi semula (override) sekiranya anda mahu. Stail yang telah dibina adalah "thumbnails", "medium" dan "large". Untuk melakukan konfigurasi semula, apa yang perlu dilakukan adalah anda klik pada nama stail tertentu atau pautan "edit". Sebagai contoh adalah stail "large".

Configuration: Media-9139

Ini adalah konfigurasi asal yang mana stail ini akan menghasilkan salinan gambar yang asal dengan saiz diubahkan kepada dimensi 480x480. Dalam contoh, gambar asal yang bersaiz 800x600 akan ditukarkan kepada 480x360. Penukaran ini bergantung kepada skala gambar tersebut agar hasil yang dilakukan tidak terheret. Untuk menambah konfigurasi kita sendiri anda perlu klik pada butang "Override defaults". Ini untuk memberitahu Drupal bahawa kita tidak mahu menggunakan konfigurasi yang berikannya.

Configuration: Media-9140

Katakan kita mahu mengubah saiz 480x480 kepada 600x600. Klik pada "edit" untuk kesan yang sedia ada. Kemudian masukkan nilai 600 untuk "width" dan 600 untuk "height". Fungsi Allow upscalling membolehkan gambar yang bersaiz di bawah saiz yang kita tetapkan dibesarkan menetapi saiz minimum. Gambar yang dihasilkan mungkin akan kelihatan berpiksel. Jadi berhati-hati menggunakan fungsi ini.

Configuration: Media-9141

Seterusnya saya mahu menambah satu kesan khas yang mana akan menukarkan gambar berwarna kepada hitam putih. Pada bahagian utama tadi, pilih kesan "Desaturate" dan klik Add. Kesan ini akan ditambah pada baris kedua selepas proses saiz semula. Aturan untuk setiap kesan yang dijalankan boleh diubah dengan tarik-dan-heret. Jadi anda boleh menentukan kesan apa yang perlu dijalankan terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil seperti yang diinginkan. Kerana apabila kesan yang terlalu banyak, mungkin hasil sedikit berlainan berdasarkan kepada susunan tersebut.

Configuration: Media-9142

Setiap kesan yang ditambah atau diubah akan terus dipaparkan seperti dalam paparan di atas. Ini adalah satu contoh ringkas dan mudah. Anda mungkin boleh mencuba dengan bermain-main dengan beberapa kesan yang lain. Atau jika anda tidak mahu menggunakan stail yang disediakan ini, hasilkan satu stail baru: Configuration Meida Image styles Add style.

Image toolkit

Image toolkit membolehkan kita memilih jenis peralatan yang digunakan untuk mengendalikan ke semua pemprosesan gambar sebelum ini. Terdapat banyak peralatan atau perisian yang wujud, namun yang paling biasa digunakan oleh pihak pengehosan web adalah GD toolkit dan ImageMagick toolkit. Peralatan ini disediakan dan dipasang boleh pihak hos web, tiada sebarang kaitan dengan Drupal.

Sekiranya pihak hos web tidak memasang sebarang peralatan pemprosesan ini, semua fungsi di atas tidak dapat digunakan. Anda perlu memohon bantuan pihak tersebut untuk memasang dan menyediakan fungsi ini.

Dalam contoh ini, pihak pengehosan web menyediakan GD toolkit. Paparannya adalah seperti berikut:

Configuration: Media-9143

Pemprosesan setiap elemen gambar untuk tetapan ini akan menghasilkan kualiti setinggi 75% daripada yang asal. Nilai ini anda boleh tetapkan sendiri. Seandainya tiada masalah dari segi ruangan storan, 100% akan memberikan kualiti yang sempurna tetapi memerlukan tempoh masa yang lebih lama untuk dimuat turun oleh pelawat.

Dalam teknik SEO (Visual Tambahan dan SEO), elemen gambar tidak perlu menggunakan kualiti yang tinggi semasa proses paparan. Nilai 75% adalah yang terbaik. Anda boleh wujudkan satu pautan ke fail asal sekiranya perlu. Dengan cara ini, pelawat tidak perlu menunggu sehingga semua elemen dimuat turun terlebih dahulu sebelum halaman dokumen dibina sepenuh.

Penilaian: 
No votes yet