Bahagian "Development" menempatkan fungsi konfigurasi yang digunakan pada peringkat sederhana dan tinggi. Selalunya konfigurasi yang ditempatkan di sini merangkumi hal-hal berkaitan dengan pembangunan laman web yang agak kompleks termasuklah prestasi, kemas kini dan cuba-jaya.

Performance

Bahagian ini menempatkan konfigurasi untuk memecutkan Drupal 7 kepada satu tahap yang lebih pantas untuk pengguna tidak berdaftar (anonymous users). Drupal berkebolehan untuk memampatkan ke semua fail-fail CSS dan Javascript yang digunakan kepada satu fail.

Ini membolehkan tempoh masa untuk memuat turun dan pembukaan laman dipercepatkan. Selain itu pengaktifan keupayaan "cache" juga berada di sini. Cache membolehkan halaman yang sama dipaparkan oleh dua pengguna yang berbeza dipaparkan secara terus tanpa perlu melalui proses penghasilan menerusi pelancaran kod PHP Drupal.

Configuration: Development-9205

Caching

  • Cache pages for anonymous users: pengaktifan fungsi cache Drupal kepada pengguna tidak berdaftar
  • Cache blocks: pengaktifan cache untuk kandungan di bahagian blok sahaja. Ia akan diaktifkan kepada semua jenis pengguna.
  • Minimum cache lifetime: tempoh hayat minimum untuk satu-satu cache. Ianya akan dihasilkan semula apabila tempoh ini sampai.
  • Expiration of cached pages: tempoh hayat terakhir sebelum semua cache dihasilkan semula semasa proses cron Drupal.

Bandwith optimization

Aktifkan kedua-dua pilihan ini untuk membolehkan semua fail-fail CSS dan Javascript dimampatkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat untuk menjimatkan kapasiti jalur lebar.

Pastikan ke semua fungsi ini diaktifkan selepas anda selesai membina laman. Jika anda, ketika proses pembangunan dilakukan, data-data dan paparan yang ditunjukkan adalah bukan tempoh semasa sebaliknya adalah data yang hadir daripada cache Drupal.

Logging and errors

Bahagian ini mengawal paparan mesej yang dihasilkan oleh Drupal. Terdapat tiga pilihan yang boleh disetkan iaitu:

Configuration: Development-9206

  • None: tiada sebarang mesej dipaparkan. Sekiranya berlaku sebarang ralat, ianya langsung dipaparkan tetapi masih direkodkan ke dalam status laman
  • Errors and warnings: hanya ralat dan notis akan dipaparkan. Mesej yang selain daripadanya akan disembunyikan tapi masih direkod.
  • All messages: semua mesej akan dipaparkan.

Anda juga boleh menetukan jumlah atau bilangan rekod yang akan disimpan dalam pangkalan data. Untuk memastikan saiz pangkalan data sentiasa ditahap yang normal, pastikan nilai tidak lebih daripada 1000 disetkan.

Maintenance mode

Mod ini akan menyebabkan laman Drupal tidak dapat diakses oleh sesiapa sahaja kecuali "administrator" sahaja. Fungsi ini selalunya digunakan ketika proses kemas kini versi modul dan Drupal yang terbaru. Dalam Drupal 7, mod ini akan diaktifkan secara automatik apabila proses kemas kini modul dijalankan.

Configuration: Development-9207

Anda boleh mengarang mesej tersendiri untuk dipaparkan kepada pengguna yang sedang atau ingin melawat laman anda sewaktu mod ini diaktifkan seperti pemberitahuan mengenai situasi laman atau aktiviti yang sedang anda jalankan.

Penilaian: 
1
Average: 1 (1 vote)