Kumpulan Content authoring menjuruskan penetapan yang berkaitan dengan penulisan kandungan. Untuk pemasangan asas Drupal 7, hanya satu sahaja pilihan konfigurasi yang ada dan ianya sangat-sangat penting iaitu Text formats. Dalam Drupal 6, terma yang digunakan adalah Input format.

Text formats

Text format berperanan untuk melakukan dan memproses setiap kandungan yang kita masukkan terutamanya pada bahagian kandungan kiriman berdasarkan kepada pilihan format yang kita pilih. Sesetengah modul tambahan yang dipasang mempunyai fungsi untuk memproses kod-kod tertentu yang dimasukkan kepada satu fungsi paparan tertentu. Kod yang digunakan adalah lebih mudah berbanding kod penukaran yang dilakukan jauh lebih kompleks untuk pengguna baru.

Di samping itu, Input format dilengkapi dengan kebenaran yang membolehkan kita mengawal dan penentukan golongan-golongan tertentu boleh menggunakan fungsi tertentu semasa proses kiriman dilakukan. Sebagai contoh, anda tidak mahu golongan pelawat menggunakan kod asas HTML seperti Javascript dalam kirimannya bagi tujuan mengelakkan suntikan skrip ke dalam laman.

Configuration: Content authoring-9121

Pada pemasangan asas ini, Drupal telah menyediakan tiga profil untuk Input format iaitu:

  • Filtered HTML -- menapis sesetengah penggunaan kod asas HTML
  • Full HTML -- membenarkan ke semua kod HTML digunakan
  • Plain text -- tiada sebarang kod HTML dibenarkan, hanya teks sahaja dibenarkan

Daripada nama profil yang diberikan kita dapat memahami tujuan dan keupayaan setiap profil tersebut. Dan setiap profil ini ditetapkan golongan yang boleh menggunakannya. Sebagai contoh, untuk profil Full HTML hanya golongan "administrator" sahaja boleh menggunakannya.

Sekiranya terdapat lebih profil ditetapkan untuk golongan yang sama, satu kotak pilihan akan muncul di bahagian bawah medan kemasukan. Sebagai contoh, untuk golongan "administrator", pada setiap medan penulisan kiriman anda akan dapat melihat pilihan format teks muncul seperti di bawah:

Configuration: Content authoring-9122

Penambahan profil Input format yang baru

Drupal tidak menghadkan anda untuk menggunakan tiga profil ini sahaja, sebaliknya anda mampu untuk mencipta sendiri profil bergantung kepada keperluan. Andaikan kita hendak mencipta satu Input format yang hanya boleh digunakan oleh pengguna berdaftar. Untuk tujuan ini, klik pada pautan "+ Add text format".

  1. Name: kita perlu menamakan profil ini agar mudah untuk diingati, katakan "Pengguna berdaftar"
  2. Roles: bahagian ini menentukan golongan yang boleh menggunakan format tersebut. Disebabkan kita hanya mahu hadkan kepada pengguna berdaftar sahaja, maka biarkan kotak pilihan bertanda untuk authenticated user sahaja
  3. Enable filters: ini adalah bahagian yang terpenting. Anda perlu memahami dan faham tujuan profil ini diwujudkan. Sekiranya terdapat profil yang akan menjalankan proses tapisan teks sama seperti yang anda mahukan, elakkan dari menghasilkan profil yang baru. Semakin banyak profil akan mudah untuk keliru dalam aspek pentadbiran.

    Jadi untuk pengguna berdaftar ini, andaikan saya mahu berikan kebenaran kepada mereka untuk menggunakan kod HTML tertentu sahaja, memastikan setiap baris dan perenggan diwujudkan dan memastikan setiap kod HTML dibuka dan ditutup dengan sempurna. Tetapan yang akan saya lakukan adalah seperti berikut:
    Configuration: Content authoring-9123

  4. Filter processing order: apabila kita mengaktifkan ketiga-tiga tapisan sebelum ini, ianya akan disenaraikan di bahagian ini. Tujuan utama bahagian ini adalah untuk memberikan aturan dan susunan setiap tapisan dijalankan. Susunan paling atas akan dijalankan terlebih dahulu dan diikuti dengan yang paling bawah. Susunan ini amat penting kerana sesetengah tapisan mungkin akan menyebabkan tapisan yang seterusnya tidak dapat diproses kerana telah dimansuhkan.

    Sebagai contoh, katakan dalam senarai tersebut terdapat tapisan
    i. membuang semua kod HTML
    ii. penukarkan pautan kepada fungsi klik alamat URL
    Andaikan seorang pengguna menulis dalam kiriman ayat seperti ini: Selamat datang ke http://kripkornstudios.com.my
    Sekiranya tapisan (i) diletakkan pada bahagian atas, URL yang ditulis akhirnya akan ditukarkan kepada URL yang boleh diklik tanpa perlu pengguna menggunakan kod HTML <a href="https://www.drupalnote.my/%3Ca%20href%3D"http://kripkornstudios.com.my">http://kripkornstudios.com.my">http://kripkornstudios.com.my</a>.
    Sebaliknya jika tapisan (ii) disusun paling atas dan diikuti dengan tapisan (i), pertama sekali teks tersebut akan ditukarkan kepada URL, kemudian apabila melalui tapisan seterusnya, ke semua kod HTML akan dimansuhkan dan ianya akan kembali kepada teks biasa tanpa URL.

  5. Filter settings: ini adalah bahagian yang terakhir. Sekiranya satu-satu tapisan itu mempunyai konfigurasinya tersendiri pilihan tetapan akan muncul pada bahagian ini. Sebelum ini kita telah memilih untuk menghadkan kod-kod HTML digunakan bagi golongan ahli berdaftar. Maka, di sini kita perlu tetapkan kod-kod yang kita benarkan sahaja digunakan.
    Sekiranya anda mahu hanya kod HTML seperti <h2>, <b> dan <i> sahaj boleh digunakan hanya masukkan senarai tersebut dibahagian medan yang dikhususkan.

Configuration: Content authoring-9124
Klik "Save configuration" dan kita telah selesai menghasilkan satu profil yang baru.

Menyunting profil yang sedia ada

Apabila kita mewujudkan satu profil yang baru, mungkin profil-profil sebelum ini ada berlaku tindihan. Sekiranya anda mahukan pengguna memilih sendiri format teks, ianya tidak perlu dilakukan apa-apa suntingan. Sebaliknya seperti dalam kes ini, kita mahukan profil "Pengguna berdaftar" digunakan dann hanya profil ini sahaja untuk pengguna yang berdaftar. Jadi kita perlu menyunting profil Filtered HTML memandangkan ianya diaktifkan juga kepada pengguna berdaftar.

  1. Klik pada pautan "Configure"
  2. Padamkan kekotak pilihan untuk authenticated user
    Configuration: Content authoring-9125
  3. Klik "Save configuration"

Sekarang kita sudah mengasingkan setiap peranan dan kumpulan pengguna kepada Input format masing-masing. Contoh dan situasi ini mungkin akan bertambah kompleks dengan kehadiran modul tambahan terutamanya melibatkan elemen-elemen gambar.

Penilaian: 
No votes yet