Setelah kita berjaya memasang Drupal 7 sama ada di hos web atau localhost, maka kita akan beralih ke ruangan pentadbiran. Ruangan ini perlu anda kenali terlebih dahulu memandangkan ia adalah nadi kepada keseluruhan struktur laman. Sebagai pemilik atau pengendali, ruangan ini boleh dikatakan kritikal yang memerlukan anda fokus terlebih dahulu.

Ruangan pentadbiran perlu diberikan kepada pengguna/pengendali yang terlatih sekiranya laman anda ditadbir lebih dari seorang. Kesilapan yang dilakukan mungkin boleh menyebabkan laman menjadi kucar-kacir.

Ruangan pentadbiran D6 dan D7

Bermula dari D5 lagi sehingga ke D6, ruangan pentadbiran mungkin mengelirukan sesetengah pengguna baru. Antara isu yang sering dibangkitkan adalah:

  • tiada perbezaan antara ruangan pentadbir dan halaman untuk pelawat
  • kesukaran mencapai menu dan pilihan pentadbiran
  • putus arah untuk pengguna baru

Dengan mengambil hal-hal dan isu yang dibangkitkan, kini Drupal 7 telah memperbaharui semua kelemahan yang terkandung untuk versi-versi sebelum ini. Dalam D6, terdapat satu modul yang menyelesaikan masalah capaian menu iaitu Administratir menu. Modul ini telah diserap masuk dan diperkemas bentuk serta fungsinya dalam D7.

Capaian menu pentadbiran D7: Toolbar

Ruangan pentadbiran Drupal 7: Diperbaharui-9057

Kini sistem menu untuk pentadbiran telah diletakkan di bahagian paling atas halaman Drupal anda. Setiap fungsi dan pautan menu disusun kembali agar lebih jelas dan memudahkan pengguna baru. Sistem menu yang baru ini dinamakan Toolbar. Toolbar ini dibahagikan kepada dua bahagian, atas dan bawah. Bahagian atas adalah menu berfungsi dan bawah adalah menu pintas (shorcut).

Untuk menu berfungsi, D7 mengklasifikasikan setiap fungsinya kepada 9 bahagian iaitu:

  1. Dashboard -- informasi berpusat untuk ruangan pemtadbir
  2. Content -- hal-hal berkaitan dengan kandungan
  3. Structure -- tetapan berkaitan dengan struktur laman
  4. Appearance -- pilihan antara muka laman
  5. People -- hal berkaitan dengan pengguna laman
  6. Modules -- modul-modul tambahan
  7. Configuration -- konfigurasi asas dan modul tambahan
  8. Reports -- laporan berkaitan hal-hal laman
  9. Help -- bantuan

Setiap menu disusun sebegitu rupa mengikut aturan penggunaan dan langkah dalam menghasilkan laman menggunakan Drupal. Bermula dari Dashboard sehingga Reports, setiap satu menu memberi aturan dan peringkat dalam pengurusan kandungan. Kita akan mengenali setiap satu bahagian menu ini dalam tutorial seterusnya.

Paparan templat pentadbiran yang baru: Seven

Ruangan pentadbiran Drupal 7: Diperbaharui-9058

Ruangan pentadbiran yang terbaru juga diproses di atas satu lapisan tindih atas (overlay). Ditambah juga dengan paparan templat khas untuk ruangan pentadbiran (iaitu Seven), menghasilkan jurang perbezaan antara kedua-dua keadaan. Jadi, apabila lapisan overlay ini ditunjukkan, memberi maksud kepada pengguna "Anda sedang berada di ruang pentadbir".

Penilaian: 
5
Average: 5 (1 vote)

Komen

fazmys's picture

kalau tgok pada admin panel ni, sama dgn wordpress terbaru..dashbord, content dan lain2 tu sama kalau kita log in sbagai admin kt wordpress..toolbar tu kekal dgn menu pintas..

------

Maklumat Lanjut:- [color=#0080FF][b][url=http://fazmys.com]Fazmys Online[/url][/b] [b][url=http://www.fazmys.blogspot.com]Fazmys Blog[/url][/b] [b][url=http://www.fazminn.net]Fazminn.net[/url][/b][/color]

Max Monic's picture

Saya kurang suka function overlay yang ada pada D7.
Saya lagi prefer administration D6. Ada cara utk tukar administration overlay menjadi seperti admin D6 tak?

parasolx's picture
Admin

Boleh.. tak ada masalah. Jika tidak suka dengan Overlay, pergi ke Modules dan matikan modul untuk Overlay.

Jika tidak suka dengan Toolbar menu kat atas tuh, pergi ke bahagian yang sama juga, matikan fungsi Toolbars. Tapi sebelum itu, pastikan kita aktifkan menu untuk Administer.

Pergi ke Structure > Block. Cari block yang bernama "Management". Letakkan pada mana2 bahagian dalam Region (Sidebar first ke). Kemudian klik Save. Sesudah itu barulah matikan fungsi Toolbars.

Paparan yang kita lihat akan sama dengan Drupal 6.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

Max Monic's picture

Okay. Terima kasih.
Toolbar tu dah smart, cuma overlay tu je yang kurang berkenan.