String dalam PHP

String atau dalam melayunya rentetan adalah data yang mempunyai lebih dari satu huruf. Dalam tutorial kali ini, kita akan melihat beberapa fungsi yang terdapat dalam PHP untuk mengubah String. Kita mulakan dengan membuat satu permbolehubah dan masukan nilai kepada pembolehubah itu dengan nilai Hello World.

<?php
$txt="Hello World";
echo $txt;
?> 

Paparan bagi kod diatas adalah seperti berikut:

Hello World

Sekarang kita akan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam PHP.

Concatenation Operator

Concatenation Operator digunakan untuk mengabungkan 2 String Kita akan gunakan dot (.) operator untuk membuat fungsi ini. Contohnya seperti dibawah :

<?php
$txt1="Hello World";
$txt2="1234";
echo $txt1 . " " . $txt2;
?>

Paparan bagi kod diatas adalah seperti berikut:

Hello World 1234

Jika anda perhatikan kod diatas, kita menggunakan dot(.) sebanyak 2 kali. Ini kerana kita memasukan String yang ketiga iaitu space di antara Hello World dan 1234.

Penggunaan strlen()

Fungsi strlen() adalah untuk mencari jumlah perkataan yang terdapat dalam String. Contohnya seperti dibawah :

<?php
echo strlen("Hello world!");
?>

Paparan bagi kod diatas ialah:

12

Jarak juga dikira sebagai perkataan.

Penggunaan strpos()

Fungsi strpos() adalah mencari perkataan atau huruf yang terdapat dalam String anda. Kita data ditemui, fungsi akan mengembalikan nilai kedudukan huruf pertama. Jika tidak ditemui, fungsi akan mengembalikan nilai FALSE.

Berikut adalah contoh penggunaan strpos()

<?php
echo strpos("Hello world!","world");
?>

Paparanya adalah seperti berikut:

6

Mungkin anda keliru kenapa angka 6 ditunjukkan sedangkan huruf 'w' dalah huruf yang ke 7 dalam String tersebut. Ini kerana, pengiraan posisi atau kedudukan bagi String dimulakan dengan 0 bukannya 1.

Penilaian: 
5
Average: 4.5 (2 votes)

Komen

tetamu's picture

bro,kurang faham la pnggunaan strops tu.

parasolx's picture
Admin

strpos() nih digunakan untuk kita tahu kedudukan string atau perkataan dalam satu frasa.
kalu tgk dalam contoh, perkataan "Hello world!" digunakan. jadi kita nak tahu apakah kedudukan perkataan "world".
jadi, strpos() dia jalankan proses padanan perkataan "world" dalam "Hello world!". padanan ditemui pada kedudukan ke-6 termasuk space. jadi keputusan yang keluar adalah 6.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

tetamu's picture

ohh ok2 dah faham.trimas bro.