Fungsi If... Else digunakan apabila anda ingin membuat pilihan berdasarkan penyataan atau kriteria.

Conditional statements

Pada kebiasaannya apabila anda menulis kod, anda inginkan kod anda diproses bergantungan kepada kriteria-kretirea yang tertentu, contohnya jika penggunaan berasal dari Malaysia, anda ingin memaparkan bendara Malaysia, manakala jika pengguna berasal dari Singapura, anda ingin memaparkan bendera Singapura

  • if...else statement: untuk kod yang mempunyai 2 kriteria sahaja sama ada benar atau paslu.
  • elseif statement: untuk kod yang mempunyai lebih dari 2 kriteria.

If...Else statement

Jika anda inginkan kod anda diproses jika kriteria yang dinyakan adalah benar dan kod lain jika kriteria yang dinyatakan adalah palsu, gunakan IF...Else Statement.

Syntax

if (kriteria)
  kod akan diproses jika kriteria adalah benar;
else
  kod akan diproses jika kriteria adalah palsu;

Contoh dibawah akan memaparkan Selamat Bercuti jika hari ini adalah Jumaat manakala Selamat bekerja jika hari ini bukanla hari Jumaat

<html>
<body>

<?php
$d=date("D");
if ($d=="Fri")
  echo "Selamat Bercuti!";
else
  echo "Selamat Bekerja!";
?>

</body>

</html>

Jika kod anda melebih dari satu baris, maka curly braces patut digunakan, contohnya seperti berikut :

<html>
<body>

<?php
$d=date("D");
if ($d=="Fri")
  {
  echo "Hello!<br />";
  echo "Selamat Bercuti!";
  echo "Jumpa Hari Isnin Nanti!";
  }
?>

</body>
</html>

ElseIf statement

Jika anda ingin kod anda diproses bergantung kepada beberapa kriteria, maka elseif Statement perlula digunakan.

Syntax

if (kriteria 1)
  kod akan diproses jika kriteria 1 adalah benar;

elseif(kriteria 2)

  kod akan diproses jika kriteria 2 adalah benar;

else
  kod akan diproses jika semua kriteria adalah palsu;

Contoh:

Contoh dibawah akan memaparkan "Selamat Bercuti" jika hari yang dinyatakan adalah hari Jumaat. "Hari Ahad", jika hari dinyatakan Ahad, dan "Selamat Bekerja" jika bukan hari ahad dan Jumaat.

<html>
<body>

<?php
$d=date("D");
if ($d=="Fri")
  echo "Selamat Bercuti";
elseif ($d=="Sun")
  echo "Hari Ahad";
else
  echo "Selamat Bekerja";
?>

</body>
</html>
Penilaian: 
5
Average: 5 (3 votes)

Komen

tetamu's picture

bro yg (kriteria) tu kena tukar perkataan yg kita nak ye?

parasolx's picture
Admin

yea.. kriteria tuh adalah condition.. atau syarat yang akan dipenuhi untuk code dalam rangkuman tuh dijalankan.

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

tetamu's picture

date tu,contohnye saya nak buat hari ahad adalah cuti,saya kena uar di else atau if?

tetamu's picture

,contohnye saya nak buat hari ahad adalah cuti,saya kena tukar di else atau if? mcmana dia detec hari tu ye? maaf byk brtnya.

parasolx's picture
Admin

untuk if else nih.. dia baca dari atas hingga ke bawah.
katakan kita ada syarat yang pertama.. maka letakkan dahulu pada if..
jika ada syarat kedua, masukkan pada elseif.. maknanya kalu syarat yang pertama tidak dipenuhi, dia akan tgk kepada syarat yang kedua..

begitulah seterusnya jika ada syarat yang ketiga, keempat atau yang kelima..
cuma untuk syarat yang terakhir.. kita panggil syarat universal, jika mana-mana syarat tidak dipenuhi kena ada satu syarat yang akan dia jatuh.. iaitu else...

jadi kalu nak buat ahad jadi hari cuti.. tukarkan Fri kepada Sun sahaja..

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

linuxraider's picture

oh ok2. faham.trimas ye.