Gelung adalah cara syntax dalam PHP untuk melakukan pengulangan sesuatu kod secara berterusan sehingga beberapa koding dimasukkan untuk menghadkan sesuatu pengulangan itu.

Terdapat 4 jenis Gelung dalam PHP iaitu :

  • while - gelung ini akan diulang sehingga kesemua syarat-syarat dipenuhi
  • do ... while - gelung ini akan diulang sehingga syarat-syarat dipenuhi sama seperti while, tetapi bezanya do akan memproses kod terlebih dahulu dan diikuti pengesahan syarat yang dimasukkan. 
  • for - gelung akan diulang beberapa kali seperti yang dinyatakan dalam syarat 
  • foreach - gelung akan diulang untuk setiap elemen-elemen dalam array.

Syntax while

Gelung while akan memproses kod sehingga semua syarat-syarat dipenuhi.

while (syarat){
kod untuk diproses;
}

Contoh:

<html>
<body>

<?php
$i = 1; // Nilai awal bagi i disetkan sebagai 1
while($i <= 5) // Syarat untuk gelung diulang adalah apabila i lebih kecil atau sama dengan 5
{
echo "Nombor sekarang ialah " . $i . "<br />"; // Output
$i++; // Nilai bagi i ditambah dengan satu
}
?>

</body>
</html>

Gelung di atas akan diulang sebanyak 5 kali sebelum syarat dipenuhi.

Output ialah:

Nombor sekarang ialah 1
Nombor sekarang ialah 2
Nombor sekarang ialah 3
Nombor sekarang ialah 4
Nombor sekarang ialah 5

Syntax do...while

Do...while akan memproses kod terlebih dahulu sebelum syarat diperiksa.

do
{
kod untuk diproses;
}
while (syarat);

Contoh:

<html>
<body>

<?php
$i = 0; // Setkan nilai awalan bagi i sebagai 0
do
{
$i++; // Nilai bagi i ditambah dengan 1
echo "Nombor ialah " . $i . "<br />"; // Output
}
while ($i < 5); // Syarat
?>

</body>
</html>

Output:

Nombor ialah 1
Nombor ialah 2
Nombor ialah 3
Nombor ialah 4
Nombor ialah 5

Syntax for
 

Gelung for paling banyak digunakan dalam PHP kerana ianya lebih mudah dan senang.

for (nilai awal; syarat; pertambahn)
{
Kod untuk diproses;
}

Contoh di bawah akan memaparkan Hello World! sebanyak 7 kali

<html>
<body>

<?php
for ($i=1; $i<=7; $i++)
{
echo "Hello World!<br />";
}
?>

</body>
</html>

Syntax foreach

Gelung foreach digunakan untuk memanipulasikan array. Gelung foreach akan memproses setiap elemen dalam array dengan berpandukan kepada syarat yang ditetapkan.
 
foreach (array)
{
kod untuk diproses;
}
Contoh:

Contoh dibawah akan memaparkan semua elemen dalam array.
<html>
 <body>
 <?php
$arr = array("satu", "dua", "tiga");

foreach ($arr as $nombor)
{
echo "Nombor: " . $nombor . "<br />";
}
?>

</body>
</html>

Output

satu
dua
tiga

Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)