Dalam tutorial kali ini, kita akan belajar cara-cara untuk menggunakan fungsi fopen() untuk membuka fail.

Membuka fail

Fungsi fopen() mempunyai dua parameter, parameter pertama digunakan untuk menentukan fail mana yang patut dibuka, dan parameter kedua, menentukan format fail tersebut dibuka.

Contohnya:

<html>
<body>

<?php
$file=fopen("selamatdatang.txt","r");
?>

</body>
</html>

Berikut adalah format-format untuk menentukan cara fail tersebut dibuka

Format Keterangan
r Dibaca sahaja. Bermula dari awal
r+ Dibaca dan ditulis. Bermula dari awal
w Ditulis sahaja. Jika fail telah wujud, kesemua isi kandungan fail akan dipadam. Jika fail tidak wujud, fail baru akan dicipta.
w+ Dibaca dan ditulis. Jika
a Menambah, fail akan dibuka dan ditulis pada akhir isi kandungan fail
a+ Dibaca dan ditulis, isi kandungan dikekalkan
x Ditulis sahaja, mencipta fail baru. Jika fail telah wujud ralat akan dikembalikan
x+ Dibaca dan ditulis, jika fail tidak wujud, fail baru akan dicipta. Jika wujud, ralat akan dikembalikan

Nota: Jika fungsi fopen() tidak dapat membuka fail, ralat akan dikembalikan dengan nilai 0.

Contoh menggunakan fopen().

<html>
<body>

<?php
$file=fopen("selamatdatang.txt","r") or exit("Fail tidak dapat dibuka!");
?>

</body>
</html>

Menutup fail

Fungsi fclose() digunakan untuk menutup fail yang dibuka:

<?php
$file = fopen("test.txt","r");

//kod untuk diproses

fclose($file);
?>

Memeriksa sehingga akhir kandungan fail

Fungsi feof() digunakan untuk memeriksa jika kandungan fail yang dibaca sudah sampai pada penghujung.

Fungsi ini digunakan jika anda mempunyai data yang berulang yang tidak diketahui penghujungnya.

Nota: Anda tidak boleh membaca fail dalam format w, a dan x.

if (feof($file)) echo "Penghujung Fail";

Membaca fail baris kebaris

Fungsi fgets() digunakan untuk membaca dari baris ke baris

Contoh:

<?php

$file = fopen("selamatdatang.txt", "r") or
exit("Gagal membuka fail!");
//Paparkan output sehingga penghujung fail
while(!feof($file))
  {
  echo fgets($file). "<br />";
  }
fclose($file);
?>

Membaca huruf demi huruf

Fungsi fgetc() digunakan untuk membaca huruf demi huruf dalam satu fail.

Contoh:

<?php

$file=fopen("selamatdatang.txt","r") or exit("Gagal membuka fail!");
while (!feof($file))
  {
  echo fgetc($file);
  }
fclose($file);
?>
Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)