Apa itu array?

Array ialah satu variable atau pembolehubah yang boleh menyimpan banyak data dengan menggunakan satu nama sahaja.

Sebagai seorang pembangunan laman web, memahami array adalah sangat penting.Daripada anda mempunyai banyak pembolehubah yang menyimpan data berjenis yang sama, lebih baik anda yang mempunyai array. Setiap data dalam array di panggil element, dan setiap elemen ini mempunyai ID yang tersendiri supaya boleh dicapai.

Terdapat 3 jenis array.

  • Array Bernombor - Arary yang mempunyai ID bernombor
  • Array Gabungan - Array yang mempunyai ID tersendiri
  • Multidimensi Array - gabungan 2 atau lebih array

Array bernombor

Setiap elemen dalam array ini disimpan dengan menggunakan ID berjenis nombor bulat. Terdapat pelbagai cara untuk anda membuat array ini.

Contoh 1

$nama = array("Abu","Along","Yunus");

Contoh 2

$nama[0] = "Abu";
$nama[1] = "Along";
$nama[2] = "Yunus";

ID tersebut digunakan untuk memaparkan elemen dalam array tersebut. Dibawah adalah contoh bagaimana cara untuk memaparkan array.

<?php
$nama[0] = "Abu";
$nama[1] = "Along";
$nama[2] = "Yunus";
echo $nama[1] . " dan " . $nama[2] .
" adalah jiran ". $nama[0] ;
?>

Koding diatas akan menghasilkan output berikut :

Along dan Yunus adalah jiran Abu

Array gabungan

Array gabungan menggunakan ID yang tersendiri. Array gabungan biasanya digunakan untuk menyimpan sesuatu yang lebih spesifik. Berikut adalah cara untuk mengunakan array gabungan.

Contoh 1

$umur = array("Abu"=>32, "Along"=>30, "Yunus"=>34);

Contoh 2

$umur['Abu'] = "32";
$ages['Along'] = "30";
$ages['Yunus'] = "34";

Cara menggunakan array gabungan adalah seperti berikut:

<?php

$umur['Abu'] = "32";
$umur['Along'] = "30";
$umur['Yunus'] = "34";

echo "Abu berumur " . $ages['Abu'] . " tahun.";
?>

Koding diatas akan menghasilkan output berikut:

Abu berumur 32 tahun. 

Multidimensi array

Multidimensi array adalah gabungan 2 array. Setiap elemen dalam array yang pertama adalah berjenis array juga.

Contoh

$keluarga = array(
  "Abu"=>array ("Siti","Minah","Halim"),
  "Along"=>array ("Joyah"),
  "Yunus"=>array ("Maria","Nor","Farah")
);

Dalam multidimensi array, ID akan disetkan secara otomatik.
Dibawah adalah contoh untuk membolehkan anda memahami bagaimana multidimensi array

Array
(
[Abu] => Array
  (
  [0] => Siti
  [1] => Minah
  [2] => Halim
  )
[Along] => Array
  (
  [0] => Joyah
  )
[Yunus] => Array
  (
  [0] => Maria
  [1] => Nor
  [2] => Farah
  )
)

Berikut adalah cara koding untuk memaparkan multidimensi array:

echo "Adakah " . $keluarga['Abu'][2] . " adalah keluarga Abu?";

Koding diatas akan menghasilkan output berikut:

Adakah Halim adalah keluarga Abu?
Penilaian: 
Average: 5 (1 vote)

Komen

tetamu's picture

bro yang array families tu tukar pada keluarga kan?

parasolx's picture
Admin

Yea betul... Ada ralat kat situ... Thanks sebab inform...

------

Hadafi Solution & Resources: http://parasolx.net
Professional in Drupal web development, theme designing, consultation and training

tetamu's picture

wlcome.patutla try smlam asik error jek.haha