Apa yang patut anda tahu

Sebelum anda meneruskan pengajian anda tentang PHP, anda sebolehnya atau seharusnya sudah mahir dengan asas pengaturcaran kod HTML (HTML)

Apa itu PHP?

  • PHP adalah akronim untuk PHP : HyperText Prepocessor
  • PHP diproses dibahagian server seperti ASP
  • PHP menyokong banyak jenis database seperti MySql, Oracle dan PosthreSQL.
  • PHP adalah open source
  • PHP percuma untuk didownload dan digunakan.

Apakah fail PHP?

  • PHP fail mungkin mempunyai tag HTML dan script.
  • PHP diproses dibahagian server dan dihantar kepada browser dalam format HTML.
  • PHP mempunyai fail yang berformat ".php", ".php3" atau ".phtml"

PHP + MySQL

  • PHP yang digabungkan dengan MySQL adalah multi platform iaitu anda boleh membangunkan website anda dalam platform Unix atau Windows.

Kenape memilih PHP

  • PHP adalah multi platform ( Windows,Unix, Linux dan sebaginya.)
  • PHP disokong oleh semua jenis server seperti Apache dan IIS.
  • PHP percuma untuk didownload.
  • PHP mudah untuk dipelajari.

Di mana saya patut bermula?

Perkara pertama adalah anda perlu mempunyai sebuah server PHP, anda boleh mendapatkan hosting secara percuma atau bayaran. Dan anda juga boleh membuat server PHP anda sendiri. Tutorial untuk membuat server PHP telah saya sediakan.

Anda boleh rujuk pada artikel ini: Memasang dan menetapkan server PHP secara manual (Bahagian 1).

Penilaian: 
4
Average: 3.3 (3 votes)